Thursday, April 3, 2014

MEnGeNAL DIrI mANuSIA.... (✿◠‿◠)


Manusia merupakan sebaik-baik kejadian makhluk ciptaan Allah Taala yang mempunyai 3 elemen penting iaitu Jasad/ Fizikal, Akal/Minda dan Hati/Jiwa/Ruh. ALLah Taala mencipta manusia dengan IlmuNya yang Maha Sempurna. Ertinya ALLah Taala itu Ujud hakikinya tersendiri. Maka Dia mencipta manusia sesuai dengan kaedah supaya manusia dapat  mengenaliNya sesuai dengan Kemuliaan ZatNya. Oleh itu terciptalah manusia dengan jasad, akal, hati, dan alam maya.  
Manusia terdiri daripada zahir dan batin. Maksudnya Jasad adalah tempat tilik mengenal sifat ALLah Taala dan Akal berkaitan dengan alam maya iaitu alam tempat tilik akal untuk mengenal Kekuasaan ALLah Taala.  Sementara hati pula tempat merasakan hadirnya ALLah Taala. Maka inilah cara bersistematik bagi Muslim untuk mengenal ALLah Taala. 

Jika Tuhan hanya dirasa, apakah Tuhan itu hakikatnya? Jika Tuhan hanya difikir, tiadalah tawadu’ hamba itu. Maka jelas dzahir dan bathin adalah umpama isi dan kuku, saling berkaitan dan memerlukan.


 JASAD/FIZIKAL

Jasad atau Fizikal manusia mempunyai lima (5) pancaindera zahir yang berfungsi sebagai alat untuk manusia berkomunikasi dengan pesekitaran dalam alam maya

1.      Telinga untuk mendengar
2.      Mata untuk melihat
3.      Hidung untuk mencium bau
4.      Lidah untuk merasa
5.      Kulit untuk sentuhan


AKAL/MINDA

Otak manusia terdiri dari dua (2) belahan  iaitu Otak Kiri (Minda Sedar) dan Otak Kanan (Minda Bawah Sedar) yang mempunyai potensi kekuatan yang berlainan.  Otak kiri berkaitan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan berbicara, kemampuan mengolah tata bahasa, baca tulis, daya ingat (nama, waktu dan peristiwa), logik, angka, analisis, dan lain-lain. Sementara otak kanan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, khayalan, warna, pengenalan diri dan orang lain, sosialisasi, pengembangan kepribadian.

Para ahli metafizik banyak yang mengatakan otak kiri sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), sementara otak kanan memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient) seseorang.

OTAK KIRI :                                                                                                                   
BAHASA                                                                                                                                               NOMBOR                                                                                                                                
LOGIK                                                                                                                                      

ANALISIS   

OTAK KANAN :
IMEJ

WARNA

RITMA

KHAYALAN                                                                                                                                                                                                                                                                                     
Penyelidikan yang dijalankan saintis  menunjukkan bahawa Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Untuk memahami fungsi otak kita huraikan sebagai berikut:

Potensi Otak Kiri (Minda Sedar)

Fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar ‘otak sains’.
Otak kiri – ANALITIK — Bahasa verbal, Matematika, Logika, Angka2, Urutan2, Penilaian, Analisis, Linier

Potensi Otak Kanan (Minda Bawah Sedar)
Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar ‘otak seni’.
Otak kanan — KREATIF — Bentuk, Intuisi, Lagu &musik, Warna warni, Simbol, Gambar, Imajinasi, Menghayal

Dominan Otak Kiri
Dominan Otak Kanan
Menggunakan logika
Menggunakan perasaan
Berorientasi detail
Berorientasi secara keseluruhan
Melihat fakta
Melihat imajinasi
Kata-kata dan bahasa
Simbol dan gambaran
Hari ini dan masa lalu
Hari ini dan masa depan
Matematika dan ilmu pengetahuan
Filosofi dan religi
Mengetahui
Memahami
Mengetahui
Mempercayai
Mengakui
Mengapresiasi
Mempersepsi urutan/pola
Mempersepsi secara spasial/ruang
Mengetahi nama objek
Mengetahui kegunaan objek
Berdasar pada realita
Berdasar pada fantasi
Menyusun strategi
Berdasar pada apa yang terjadi
Praktis
Terburu-buru/tidak sabar
Bermain aman
Mengambil resiko

Manusia mampu mempertingkatkan Potensi Akal/Minda ini sepenuhnya dengan cara menseimbangkan kekuatan otak kiri dan otak kanan. Manusia dapat memberikan  saranan positif melalui otak kiri (minda sedar) ke dalam otak kanan (minda bawah sedar) agar dapat mengaktifkan kekuatan batin yang dikenali sebagai ‘INDERA KEENAM’
 
Allah swt berfirman;  Allah  menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah.)
 (surah al-Baqarah ayat 269)


HATI/JIWA/RUH
Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan  asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi. Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri. Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan (zikir) Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Firman Allah swt: “….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.” (ar-Ra’d:28)
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.
Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

MINDA BAWAH SEDAR 
Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan banyak kejayaan besar dalam kehidupan ini.  Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada fikirannya. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan pikiran tersebut,sebab kita sering terjebak dalam zon nyaman, selesa atau kebiasaan tertentu.Sehingga selamanya tidak dapat mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang berarti. Oleh karena itu milikilah matlamat hidup dan hala tuju yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam fikiran tersebut. Sebab matlamat atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini matlamat atau cita-cita tersebut bakal tercapai, Maka diri kita akan lebih siap sedia menghadapi halangan dan risiko  yang ada.
Setelah tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif dilakukan secara berulang-ulang, maka tanpa disedari kita sudah banyak melakukan hal-hal penting sehingga  kita telah sampai di zona baru, dimana kita berhasil mencapai matlamat yang diinginkan. Itulah sebab mengapa dikatakan bahwa manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam fikiran bawah sedar. Kekuatan fikiran bawah sedar itu dapat dibangkitkan melalui dua (2)  cara, iaitu: saranan, dan gambaran yang dilakukan serentak dengan tindakan  yang penuh semangat dan keyakinan yang padu.

SARANAN
Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk pikiran bawah sadar. Sebab keinginan yang terekam kuat dalam pikiran bawah sadar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan terekam dalam pikiran bawah sadar itulah yang dinamakan ‘Saranan’
Saranan seharusnya dilakukan dengan penuh rasa percaya melibatkan emosi dalam diri, dilakukan penuh konsentrasi terhadap objek dan perkara yang positif, serta berulang-ulang. Selanjutnya, fikiran bawah sedar inilah yang akan mendorong gerak-geri tubuh kita. Kekuatan yang ditimbulkan oleh fikiran bawah sedar itu sangat dahsyat apabila digunakan untuk melakukan sesuatu perbuatan samada buruk atau baik. Kadangkala niat untuk melakukan sesuatu secara otomatis akan muncul dari fikiran bawah sedar.

Saranan akan mengetuk kesedaran jiwa  apabila dilakukan berulang-ulang kali secara rutin, suatu ketika kata-kata saranan tersebut akan menembus masuk ke dalam fikiran bawah sedar. Lalu fikiran  bawah sedar itupun mengalirkan gelombang tenaga  semangat yang dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita. Mungkin kegiatan saranan ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam diri sendiri. Biasakan mendengar getaran fikiran positif dan melakukan kebiasaan-kebiasaan yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan latihan yang berpotensi untuk menumbuhkan keyakinan (optimisme) dan daya kreatif dalam hidup.


Ada enam (6) syarat dan  petunjuk dalam melakukan Saranan Diri:
1.      Berfikiran Positif; Melakukan saranan (Niat, Zikir, Doa) dalam perkara yang baik dan  hal-hal yang positif saja.
2.      Bersemangat Tinggi : lakukan dengan penuh keyakinan dan bertenaga akan dapat memberikan kekuatan untuk berbuat sesuatu yang luar biasa.
3.      Kepastian : keinginan yang hendak dicapai harus sudah dapat dipastikan ketepatan dan keperluannya  karena fikiran bawah sedar hanya dapat menyusun berdasarkan kategori.
4.      Suasana Sekarang: dalam bentuk keinginan saat ini, bukan keinginan di masa lalu atau akan datang.
5.      Bekerperibadian : lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri terlebih
dahulu.


GAMBARAN
Bila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar akan menggambarkan apa perkara yang diinginkan itu. Dengan cara mengambarkankan impian terlebih dahulu, maka terciptalah banyak sekali karya-karya besar dan rekaan baru di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan,   “ Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.”

Sesuatu yang selalu digambarkan manusia akan mudah terakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan  gelombang fikiran tersebut, yang berperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan jasad. Sehingga tubuh pun bertindakbalas dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreativiti atau tindakan.

Mengambarkanikan impian akan memungkinkan seluruh impian itu tercapai oleh fikiran bawah sedar. Allah SWT menganugerahkan potensi yang sama besar kepada semua manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian.dalam hidup ini. Berikut adalah beberapa langkah dalam mengambarkan impian, iaitu:
  1. Mendefinisikan impian  artinya memberikan gambaran yang jelas akan impian yang hendak dicapai. Kemudian, gambarkanlah semua impian itu dengan sepenuh penumpuan dan keyakinan seolah-olah Anda sudah meraih impian tersebut. Meskipun tindakan ini terkesan sederhana, tetapi dari gambaran impian itulah kita akan mencoba berbuat sesuatu untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat meraih cita-cita. 
  2. Menentukan waktu untuk matlamat itu dicapai dan impian itu terwujud sesuai dengan keinginan yang telah ditentukan, sebab impian tanpa garis waktu hanya akan menjadi mimpi disiang hari.. Impian dengan  waktu yang telah ditetapkan akan menggerakkan kesadaran untuk tidak segan-segan melakukan perubahan. Maka mulailah dari sekarang – Jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik, biarlah Tuhan yang menentukan. Potensi yang kita miliki kelihatannya sangat sayang jika tidak dioptimalkan. 
  3. Melakukan berulang-ulang kali artinya melatihkan diri kita untuk lebih sering lebih bersedia dan sentiasa ingat akan impian kita. Jika sering ingat, maka perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam fikiran bawah sedar. Bila gelombang pesanan sudah diterima oleh fikiran bawah sedar maka dia akan menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita lebih kreatif. Jika impian telah lebih diimajinasikan maka ternyata akan dapat melipatgandakan kekuatan fikiran bawah sedar. Imajinasi yang diulang-ulang ini akan secara tidak langsung merangsang ilusi kenyataan yang luar biasa tentang potensi kita sebagai umat  manusia. Sehingga diri kita akan berusaha keras mencapai impian yang telah digambarkan itu.  Begitulah seterusnya kekuatan fikiran bawah sedar bekerja dan dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi dalam diri kita pada suatu waktu.

TINDAKAN
Bertindak Cepat! Lakukan Segera! Merupakan kunci kejayaan dalam tindakan dan perbuatan manusia. Tindakan yang cepat dan segera menunjukkan keyakinan diri yang tinggi. Lakukan sekarang...!!!


KAEDAH MENGAKTIFKAN MINDA BAWAH SEDAR
Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar ( CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.


Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar. Tiga saluran  yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI.


Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya
Sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali.

Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.

Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas)
Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal.

Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH.

Tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,.

Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai.
Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.

Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam.

Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar.
Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan
Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.


Lihat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.

Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah.


Ingat!Jangan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR<> DAN TERAMAT SANTAI JIWA.


KAEDAH MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR
Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang mengaitkan dengan berkata di dalam hati. Sebenarnya kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang positif akan datang ke dalam hidup kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang negatif jua.
Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat dari minda sedar kita. Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan seorang pelajar di minta untuk berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya, tetap lurus.
Di sini kita dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir.


Menguasai Diri Sendiri Dan Fikiran Orang lain Dengan Teknik -  Minda Bawah Sedar
Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri.
"Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,'' 
Bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.
Minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.... contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.
Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
 Insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia mesti dilakukan dengan"Caranya yang betul,  serta mengikut syarat-syarat tertentu,  seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.
Adalah lebih baik jika ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan dan ebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih.
Ibu bapa yang menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak boleh mengikut kaedah ini.
"Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.
"Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan. "Kemudian buat saranan dengan mengatakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan,
" kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas. Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,'' 
Teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif. "Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif, Sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.
"Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi, kerana apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.
Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar. Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama,
Maka dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan. Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan. 
 kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu melalui pemerhatian dan kedua,penulisan.
Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.
Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari. kerana melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.

Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya. Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain

TenaGa AjAib TerseMbunYi.... (。✪‿✪。)


Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan seperti biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seseorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda terangsang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Friday, October 18, 2013

22 ADab daN PeTua MemBaca al-Quran... (✿◠‿◠)


Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca, maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu, berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu :

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

12 Cara MenGatasi RaSa MalAs UnTuk BerSolat... (。✪‿✪。)


1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

Wednesday, October 16, 2013

RaHsia PersOnaliti WaNita MelAlui DaHi... (。✪‿✪。)


Dahi  Jendol
Dahi yg agak luas & berbentuk benjol ke hadapan.  Rahsia wanita yg berdahi jendol ni mempunyai kecergasan diri yg tinggi, rajin & cekal untuk mencapai sesuatu hajat dan mempunyai rasa tanggungjawab yg baik sangat. Selain tu, Dia  pandai bergaul &pandai menempatkan diri mereka dalam situasi apapun. Kalau dalam percintaan, wanita berdahi jendol ini sangat setia hingga akibatnya merana diri. Sekali dia jatuh cinta susah untuk dia lepaskan walaupun ada kelemahan pada pilihan hatinya. So, kepada wanita berdahi jendol semua jangan setia membabi buta, sedang-2 sajalah. Kelemahan utama wanita berdahi jendol ini dia seorang yg mempunyai rasa & kepercayaan pada diri rendah. So mereka perlukan dorongan & sokongan.

Dahi  sempit
Dahi yg dipenuhi anak rambut sehingga dahinya sempit. Suka berdikari & tidak suka bergantung pada orang lain serta tak mudah mengaku kalah dalam apa yg dilakukan. Walaupun dahinya sempit tapi semangatnya tidak sempit ! Lebih membanggakan, wanita berdahi sempit ini tidak mempunyai kesukaran dalam pelajaran tetapi susah mencari pasangan hidup.

Dahi  lebar
Kawasan dahi yg lapang dan agak luas. Pendiam & suka buat hal sendiri tapi bukan maksudnya dia ini tidak suka berkawan. Dia akan mula berbicara jika ada orang yg mulakan dulu. Yang paling best, wanita berdahi lebar ini pandai simpan menyimpanmaksudnya pandai menyimpan wang simpanan.

Dahi bersegi
Kuat bekerja or workaholic dan juga tekun dalam apa yg di lakukan mungkin sebab ini dia lebih menonjol di sekolah & pejabat. Kelemahan dirinya, kurang teman sebab asyik la memilih & kaku untuk berbicara. Tulah asyik menghadap kertas jek hadap org terus kaku.. haha!!

Dahi Berbentuk M or Hati
Kuat berimaginasi or berangan ! So bila kuat berangan sukalah sendiri-sendiri. Diapandai bergaul tetapi lebih serasi & mesra dengan orang yg sekepala dgn dia. Mereka juga beruntung dlm hidup sebab ada saja rezeki masyuk yg dia terima. Kelemahan dia pulak, tidak suka jadi ketua sebab katanya membebankan, mulut tempayan & tidak pandai simpan rahsia. Jadi waspadalah takut nanti perang dunia ke-3 meletus plak da !

Dahi yg berjuntai dengan anak rambut
Dahi yg dibiarkan berjuntai dengan anak rambut. Dikatakan sangat bijak & pemurah. Dia juga suka menolong kawan-kawannya sehingga kepentingan diri dia pun diketepikan dan sebab nilah dia di sayangi oleh semua. Kelemahan diri dia agak boros. Walaupun sifatnya tegas tapi hatinya lembut dan sebab inilah dia mudah dipengaruhi & dipergunakan oleh org lain.

RAhSIA PERSOnALITI RAmBUT... (。✪‿✪。)


RAMBUT LURUS 
happy go lucky!
kamu bijak mengatur sesuatu tanpa meminta bantuan sesiapa
bijak bergaya (kamu tahu pakaian mana yang sesuai untuk kamu)
suka bersaing
dalam diam kuat cemburu

RAMBUT KERINTING (TEBAL)
 degil dan keras kepala
selalu rasa diri sendiri yang betul
adakalanya sukar menyelesaikan masalah sendiri
malah, sikap peramah dan mudah didampingi (ramai kawan yang selesa berkawan dengan kamu)
dalam diam kamu juga seorang yang agak romantik dan berbunga-bunga (tidak hairanlah kamu punyai ramai kawan.)

RAMBUT KERINTING (HALUS)
kebijaksanaan kamu lebih terserlah dari yang lain
ego dan suka memilih
cerewet (kamu jenis yang suka memberi yang terbaik untuk diri kamu sendiri)
agak romantik dan kadangkala kamu seorang yang cemburu buta dan membuatkan orang lain kurang selesa dengan kamu.

RAMBUT IKAL MAYANG 
kamu seorang yang comel dan punyai dara tarikan yang tersendiri
kamu bijak mengatur langkah dan tidak bertindak terburu-buru sebaliknya kamu akan mengambil sedikit waktu sebelum berbuat keputusan untuk mengelakkan kesilapan berlaku.
berfikiran terbuka dan suka bergaul
bersikap mudah memaafkan tetapi sukar untuk melupakan

RAMBUT BERUBAN 
kamu kurang bijak mengatur sesuatu
suka termenung dan fikir perkara yang bukan-bukan
kamu kurang bergaul tetapi kamu seorang yang sangat terbuka dan menerima pendapat orang lain dan mudah menerima idea orang lain.
pandai menyelesaikan masalah sendiri
  
RAMBUT KUSUT
suka bergaul
pandai menarik perhatian orang lain
kamu bijak dan pandai walaupun kamu jenis serabut.hahaha
 kamu jenis mesra dan ramah tapi sangat ramai yang tidak dapat mengagak bahawasnya kamu juga seorang yang bengis dan agak garang
paling menarik kamu tidak mudah marah tidak tentu hala.
dalam kebaikan yang kamu ada,kamu jenis yang sukar memaafkan orang yang menghancurkan hati kamu.

RAMBUT HALUS/LEMBUT
seorang yang memilih dan cerewet
bersikap manja dan senang didampingi
mudah memaafkan orang lain
tegas dan tetap pendirian
kamu tahu apa yang terbaik untuk diri dan sebaliknya
bersungguh-sungguh dalam pekerjaan kamu.
cekap dan cepat melakukan tugasan yang diberi
seorang yang boleh diharapkan.

RaHsia BeNtuk GiGi... (。✪‿✪。)


Jarang dan kecil.
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!  

Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu.

Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!