Friday, October 18, 2013

22 ADab daN PeTua MemBaca al-Quran... (✿◠‿◠)


Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca, maka kita akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu, berusaha mengerti dan memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.

Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.

Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada 22 perkara, iaitu :

  1. Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  2. Menggosok gigi atau bersiwak sebelum membaca al-Quran.
  3. Membaca dalam keadaan berwuduk.
  4. Mengadap ke arah kiblat.
  5. Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
  6. Membaca al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa melihat.
  7. Membaca dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’ Ulumiddin.
  8. Membaca dengan perhatian dan memahami ayat-ayat yang dibacakan.
  9. Membaca dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
  10. Memuliakan al-Quran. Kita dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan mengenai sesuatu yang amat penting.
  11. Membaca ayat dan surah mengikut susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan.
  12. Beramal dengan ajaran al-Quran itu.
  13. Sentiasa membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
  14. Berusaha menghafaz ayat al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
  15. Meletakkan sasaran untuk mengkhatamkan al-Quran itu.
  16. Memanjatkan doa sebaik tamat membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
  17. Dilarang membaca al-Quran di tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
  18. Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada Allah SWT.
  19. Mewangikan al-Quran sebagaimana meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
  20. Meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi.
  21. Berusaha untuk menghayati isi kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan air mata.
  22. Tidak memberi salam kepada seseorang yang sedang membaca al-Quran.

12 Cara MenGatasi RaSa MalAs UnTuk BerSolat... (。✪‿✪。)


1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

Wednesday, October 16, 2013

RaHsia PersOnaliti WaNita MelAlui DaHi... (。✪‿✪。)


Dahi  Jendol
Dahi yg agak luas & berbentuk benjol ke hadapan.  Rahsia wanita yg berdahi jendol ni mempunyai kecergasan diri yg tinggi, rajin & cekal untuk mencapai sesuatu hajat dan mempunyai rasa tanggungjawab yg baik sangat. Selain tu, Dia  pandai bergaul &pandai menempatkan diri mereka dalam situasi apapun. Kalau dalam percintaan, wanita berdahi jendol ini sangat setia hingga akibatnya merana diri. Sekali dia jatuh cinta susah untuk dia lepaskan walaupun ada kelemahan pada pilihan hatinya. So, kepada wanita berdahi jendol semua jangan setia membabi buta, sedang-2 sajalah. Kelemahan utama wanita berdahi jendol ini dia seorang yg mempunyai rasa & kepercayaan pada diri rendah. So mereka perlukan dorongan & sokongan.

Dahi  sempit
Dahi yg dipenuhi anak rambut sehingga dahinya sempit. Suka berdikari & tidak suka bergantung pada orang lain serta tak mudah mengaku kalah dalam apa yg dilakukan. Walaupun dahinya sempit tapi semangatnya tidak sempit ! Lebih membanggakan, wanita berdahi sempit ini tidak mempunyai kesukaran dalam pelajaran tetapi susah mencari pasangan hidup.

Dahi  lebar
Kawasan dahi yg lapang dan agak luas. Pendiam & suka buat hal sendiri tapi bukan maksudnya dia ini tidak suka berkawan. Dia akan mula berbicara jika ada orang yg mulakan dulu. Yang paling best, wanita berdahi lebar ini pandai simpan menyimpanmaksudnya pandai menyimpan wang simpanan.

Dahi bersegi
Kuat bekerja or workaholic dan juga tekun dalam apa yg di lakukan mungkin sebab ini dia lebih menonjol di sekolah & pejabat. Kelemahan dirinya, kurang teman sebab asyik la memilih & kaku untuk berbicara. Tulah asyik menghadap kertas jek hadap org terus kaku.. haha!!

Dahi Berbentuk M or Hati
Kuat berimaginasi or berangan ! So bila kuat berangan sukalah sendiri-sendiri. Diapandai bergaul tetapi lebih serasi & mesra dengan orang yg sekepala dgn dia. Mereka juga beruntung dlm hidup sebab ada saja rezeki masyuk yg dia terima. Kelemahan dia pulak, tidak suka jadi ketua sebab katanya membebankan, mulut tempayan & tidak pandai simpan rahsia. Jadi waspadalah takut nanti perang dunia ke-3 meletus plak da !

Dahi yg berjuntai dengan anak rambut
Dahi yg dibiarkan berjuntai dengan anak rambut. Dikatakan sangat bijak & pemurah. Dia juga suka menolong kawan-kawannya sehingga kepentingan diri dia pun diketepikan dan sebab nilah dia di sayangi oleh semua. Kelemahan diri dia agak boros. Walaupun sifatnya tegas tapi hatinya lembut dan sebab inilah dia mudah dipengaruhi & dipergunakan oleh org lain.

RAhSIA PERSOnALITI RAmBUT... (。✪‿✪。)


RAMBUT LURUS 
happy go lucky!
kamu bijak mengatur sesuatu tanpa meminta bantuan sesiapa
bijak bergaya (kamu tahu pakaian mana yang sesuai untuk kamu)
suka bersaing
dalam diam kuat cemburu

RAMBUT KERINTING (TEBAL)
 degil dan keras kepala
selalu rasa diri sendiri yang betul
adakalanya sukar menyelesaikan masalah sendiri
malah, sikap peramah dan mudah didampingi (ramai kawan yang selesa berkawan dengan kamu)
dalam diam kamu juga seorang yang agak romantik dan berbunga-bunga (tidak hairanlah kamu punyai ramai kawan.)

RAMBUT KERINTING (HALUS)
kebijaksanaan kamu lebih terserlah dari yang lain
ego dan suka memilih
cerewet (kamu jenis yang suka memberi yang terbaik untuk diri kamu sendiri)
agak romantik dan kadangkala kamu seorang yang cemburu buta dan membuatkan orang lain kurang selesa dengan kamu.

RAMBUT IKAL MAYANG 
kamu seorang yang comel dan punyai dara tarikan yang tersendiri
kamu bijak mengatur langkah dan tidak bertindak terburu-buru sebaliknya kamu akan mengambil sedikit waktu sebelum berbuat keputusan untuk mengelakkan kesilapan berlaku.
berfikiran terbuka dan suka bergaul
bersikap mudah memaafkan tetapi sukar untuk melupakan

RAMBUT BERUBAN 
kamu kurang bijak mengatur sesuatu
suka termenung dan fikir perkara yang bukan-bukan
kamu kurang bergaul tetapi kamu seorang yang sangat terbuka dan menerima pendapat orang lain dan mudah menerima idea orang lain.
pandai menyelesaikan masalah sendiri
  
RAMBUT KUSUT
suka bergaul
pandai menarik perhatian orang lain
kamu bijak dan pandai walaupun kamu jenis serabut.hahaha
 kamu jenis mesra dan ramah tapi sangat ramai yang tidak dapat mengagak bahawasnya kamu juga seorang yang bengis dan agak garang
paling menarik kamu tidak mudah marah tidak tentu hala.
dalam kebaikan yang kamu ada,kamu jenis yang sukar memaafkan orang yang menghancurkan hati kamu.

RAMBUT HALUS/LEMBUT
seorang yang memilih dan cerewet
bersikap manja dan senang didampingi
mudah memaafkan orang lain
tegas dan tetap pendirian
kamu tahu apa yang terbaik untuk diri dan sebaliknya
bersungguh-sungguh dalam pekerjaan kamu.
cekap dan cepat melakukan tugasan yang diberi
seorang yang boleh diharapkan.

RaHsia BeNtuk GiGi... (。✪‿✪。)


Jarang dan kecil.
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!  

Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu.

Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

5 keMahiran yAng pErlU aDa paDa leLaki... (✿◠‿◠)


Kemahiran memimpin- Setiap lelaki mesti memiliki kemahiran untuk memimpin walaupun jumlah orang yang dipimpin hanya untuk seorang. Ini adalah kerana ianya merupakan tanggungjawab dan tugas bagi seseorang yangbergelar lelaki. Sekiranya tiada sifat kepimpinan terhadap seseorang lelaki, ia bukan sahaja akan memberikan masalah kepada dirinya malah berkemungkinan terhadap isteri atau anak-anak apabila mereka berkahwin nanti. Pasti orang yang bergantung harap terhadap mereka kehidupannya seperti tiada arah tuju kerana objektif sesuatu isu tidak disampaikan dengan baik. Memimpin juga tidak hanya kepada untuk memberikan arahan, tetapi mereka juga perlu memberikan perlindungan terhadap pimpinan jagaan mereka.

Kemahiran memujuk- Sememangnya ini merupakan kelebihan utama kepada lelaki. Seorang lelaki dilahirkan untuk memujuk dan bukannya dipujuk. Ini adalah kerana hati dan perasaan lelaki sukar untuk terguris berbanding wanita. Ia juga bersesuaian dengan sifat lelaki yang lebih banyak menggunakan pertimbangan akal fikiran berbanding wanita yang lebih kepada emosi. Seorang lelaki yang mempunyai pertimbangan akal fikiran yang baik pasti akan memujuk kerana sekiranya mereka tidak memujuk, ia menunjukkan mereka juga mengutamakan emosi sama dengan sikap wanita.

Kemahiran membuat keputusan- Ada pendapat menyatakan bahawa wanita mampu untuk memberi seribu satu cadangan, pendapat, atau idea mengenai sesuatu isu itu tetapi mereka sukar untuk membuat walaupun hanya untuk satu keputusan. Ini berkemungkinan disebabkan kerana pemikiran antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Pemikiran seorang lelaki adalah lebih realistik atau logik berbanding wanita yang terlalu mengikut perasaan. Sekiranya seorang lelaki tidak mampu untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri, bagaimana sekiranya mereka diperlukan untuk membuat keputusan mewakili keluarga mereka nanti.

Kemahiran menyelesaikan masalah- Bayangkan sekiranya lelaki tiada kemahiran untuk menyelesaikan masalah, pasti ianya akan membawa kepada kehidupan yang kucar kacir. Kelebihan yang diberikan kepada lelaki untuk membuat pertimbangan yang lebih baik harus digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setiap manusia pasti akan menghadapi masalah di dalam kehidupan mereka, tetapi sekiranya ia di atasi dengan baik, masalah yang dihadapi akan lebih mematangkan seseorang dalam membuat keputusan pada masa hadapan. Seorang lelaki haruslah tidak lebih memikirkan terhadap masalah yang mereka sedang hadapi sebaliknya memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Kemahiran untuk menyampaikan maklumat- Kekeluargaan merupakan suatu organisasi dan lelaki berada pada kedudukan paling tinggi di dalam institusi berkenaan. Sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan baik, bagaimana dengan orang yang dipimpinnya? Pasti mereka akan tercari-cari hala tuju kehidupan mereka. Contoh paling mudah adalah seperti sebuah syarikat. Pihak atasan perlu menyampaikan maklumat dengan baik kepada pekerjanya untuk mencapai objektif syarikat. Sekiranya pekerja tidak memahami mengenai maklumat yang disampaikan, pasti objektif untuk syarikat itu tidak akan tercapai. Begitu juga di dalam institusi kekeluargaan. Pasti tujuan sebenar untuk kehidupan berkeluarga tidak akan tercapai sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan maklumat dengan baik.

Friday, June 14, 2013

5 perBezaan koMunikAsi anTara leLaki dAn waNita... (✿◠‿◠)


Mesej- Apabila seseorang wanita menghantar mesej kepada rakan mereka, kandungan mesej tersebut lebih berkisar mengenai perhubungan, sokongan, memberikan cadangan, menanyakan soalan, meminta maaf dan sebagainya. Manakala bagi seorang lelaki pula mesej yang dihantar kepada rakan mereka lebih berbentuk kontrovesi, seperti kata sindiran yang menyakitkan hati, ayat yang tidak senonoh dan sebagainya. Seseorang lelaki lebih cenderung menghubungi rakan untuk mendapatkan pengaruh dan hormat berbanding wanita yang memikirkan mengenai perhubungan antara sesama mereka.

Topik- Apabila seseorang lelaki cuba mengubah topik yang sedang dibincangkan, ia adalah kerana untuk menenangkan keadaan atau merasakan perkara yang sedang di bincangkan adalah masalah kecil yang tidak perlu diberikan perhatian. Tetapi bagi wanita, apabila sesuatu topik itu di ubah, ia menunjukkan bahawa lelaki itu tidak mengambil berat dan tidak peka mengenai sesuatu masalah. Seseorang lelaki lebih cenderung untuk mengawal situasi manakala wanita pula lebih cenderung untuk melepaskan emosi.

Bercakap- Siapakah lebih banyak bercakap?? Lelaki/Wanita?? Pasti ramai yang menyutujui jika dikatakan wanita lebih banyak bercakap. Tetapi hasil daripada kajian yang ditunjukkan adalah jumlah percakapan bagi lelaki dan wanita adalah sama dan lebih memeranjatkan lagi jumlah perkataan lebih banyak digunakan oleh lelaki di dalam sesuatu baris ayat. Berkemungkinan ini adalah kerana sifat lelaki dalam menyampaikan maklumat dan sebagai pemimpin. Seseorang wanita lebih banyak bercakap bersama dengan keluarga dan teman dekat, mengekspresikan sokongan dan menceritakan pengalaman. Lelaki pula cenderung bercakap di tempat kerja, aturcara  formal /sosial, dan tujuan mereka adalah untuk pertukaran maklumat, walaupun ketika bercakap dengan rakan.

Keputusan- Apabila sesuatu keputusan ingin dibuat, wanita lebih cenderung untuk berada di dalam situasi perbincangan, bertanyakan soalan dan sebagainya. Ini adalah kerana wanita mahukan keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak. Manakala lelaki pula lebih cenderung memanipulasi fakta untuk mempengaruhi pihak lain agar  turut mempersetujui keputusan yang telah mereka buat. Lelaki lebih gemar memberikan kenyataan daripada menerima pandangan.

Masalah- Apabila seseorang lelaki menceritakan masalah yang sedang dihadapi, ia adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkemungkinan membantu dalam penyelesaian sesuatu masalah itu. Dan cuba selesaikannya dengan kadar segera. Manakala apabila wanita menceritakan mengenai masalah, mereka lebih cenderung untuk berbicara lebih luas mengenai masalah yang mereka sedang hadapi, meluahkan perasaan yang terpendam dan sebagainya.


Monday, May 27, 2013

9 ciRi leLaki idAman wanitA...(✿◠‿◠)


Jika sebelum ini t5 telah menyenaraikan mengenai ciri wanita idaman lelaki, artikel kali ini akan menyenaraikan mengenai ciri lelaki idaman wanita pula. Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki untuk berjaya  menambat hati seorang wanita? Adakah mereka perlu menjadi seorang yang kaya, bijak, tampan atau sebagainya? Apakah ciri-ciri yang menjadi keutamaan untuk penilaian seorang wanita? Ia akan terjawab selepas anda membaca artikel ini. Pendapat ini adalah hasil daripada suara majoriti yang mewakili wanita. Berkemungkinan ada juga wanita yang tidak sependapat mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk menjadi panduan terutamanya kepada lelaki yang masih singledi luar sana.

Mampu melakukan kerja lelaki- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia  yang kebanyakan lelaki tidak sedar.

Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.

Cara berpakaian- Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.

Berjaya memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.

Mampu berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalanyang selalu bermain di fikiran wanita.

Membuatkan mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.

Kelakar- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.

Mengambil berat- Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya  anda mengambil berat mengenai diri mereka.

Pegangan agama- Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.

4 perKara yAng leLaki mAhu dAri waNita...(。✪‿✪。)


Apabila diceritakan mengenai kemahuan lelaki, pasti pemikiran lebih cenderung untuk memikirkan mengenai seksualiti. Ini kerana kemahuan lelaki lebih sinonim dengan kemahuan seks. Tetapi artikel ini bukan untuk menceritakan dari sudut seks, tetapi lebih kepada kemahuan psikologi. Jadi, apa yang lelaki mahu dari wanita?

  Teman- Apa yang lelaki mahu daripada wanita bukan dari segi keperluan seks sahaja, tetapi mereka sebenarnya memerlukan seorang teman yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama mereka. Ini kerana wanita sebenarnya membawa cas yang amat-amat diperlukan oleh seseorang lelaki untuk menguatkan semangat mereka.

 Terbuka dan jujur- Lelaki mahu seorang wanita yang terbuka dan jujur. Apabila mereka bertanyakan soalan, mereka memerlukan satu jawapan yang jujur. Mereka mahu tahu apa yang bermain difikiran wanita itu mengenai diri mereka. Seorang lelaki lebih sanggup untuk kehilangan wanita daripada dirinya ditipu.

Sifat kewanitaan- Apa yang tiada pada lelaki adalah sifat kewanitaan. Tetapi mereka amat memerlukan sifat ini untuk melengkapkan kehidupan mereka. Disebabkan ketidaksempurnaan inilah mereka mahu seorang wanita yang bersifat feminin untuk melengkapi keperluan mereka.

 Penasihat- Perkara yang paling tidak disukai lelaki adalah apabila diri mereka dikawal. Mungkin apa yang wanita cuba lakukan semata-mata untuk menjaga hubungan mereka. Tetapi itu bukan perkara yang lelaki mahu. Lelaki mahukan seorang peneman yang boleh menasihati mereka dan bukannya mengawal apa yang mereka mahu lakukan.



4 pErkAra yaNg lelAki tidAk sUka waNita lakukAn...(✿◠‿◠)


Ada sesetengah perkara yang sebenarnya lelaki tidak suka apabila wanita cuba lakukan. Mungkin ia disampaikan secara kurang jelas yang membuatkan wanita merasakan bahawa ia adalah suatu perkara biasa. Berdasarkan survey yang telah dijalankan, rata-rata lelaki memberikan jawapan yang sama mengenai perkara yang lelaki tidak suka. Adakah ia satu kebetulan ataupun mereka benar-benar memaksudkannya? Adakah ia berpunca daripada sifat semulajadi atau keegoan seorang lelaki? Anda boleh memberikan pandangan diruangan komen. Apa yang t5 ingin sampaikan dalam artikel ini adalah mengenai 5 perkara yang lelaki tidak suka wanita lakukan.

Memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan- Adakah anda sentiasa memberitahu pasangan anda cara memandu, cara berpakaian, bagaimana untuk bertindak, dan sebagainya. Tidak dinafikan wanita sememangnya lebih bijak membuat penambahbaikan, tetapi ia adalah suatu yang sangat sensitif bagi lelaki. Perkara yang paling penting kepada lelaki adalah perasaan seperti beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik. Dengan memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan mungkin akan mewujudkan jurang dalam perhubungan anda berdua.
Daripada memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan, adalah lebih baik anda bertanyakan pendapat mereka. Lelaki akan lebih memberikan kerjasama sekiranya anda berjaya membuatkan mereka berasa hebat. Daripada menyatakan “Abang harus lakukan begini” adalah lebih baik anda menyatakan “Apa pendapat abang jika lakukan dengan cara ini”. Ia membolehkan beliau untuk berkongsi pendapat dan secara tidak langsung anda juga boleh menyuarakan pandangan. Ini merupakan helah mudah untuk mengawal emosi lelaki.

Tidak memberikan mereka ruang- Pada kebiasaannya lelaki yang sedang berada didalam masalah lebih selesa untuk menyendiri. Ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkongsi masalah dengan anda, tetapi mereka cuma perlukan masa untuk menstabilkan diri sendiri terlebih dahulu.
Perkara yang wanita boleh lakukan adalah dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk menyelesaikan masalah itu. Cuba elakkan daripada menambahkantekanan terhadap mereka.

Leteran- Leteran yang bersesuaian dengan situasi agak mudah untuk diterima. Tetapi jangan anda meleteri mereka sehingga boleh menimbulkan kerunsingan didalam fikiran. Anda selalu menyatakan bahawa mereka tidak dewasa, tidak berwibawa, tidak boleh mengendalikan perkara-perkara dengan sendiri dan sebagainya. Mereka sahaja yang menjadi masalah dari pandangan anda.
Sebaiknya, anda tidak perlu untuk meleteri mereka mengenai suatu isu berulang-ulang kali. Biarkan mereka mengendalikan isu-isu itu sendiri, dan apabila mereka tidak melakukannya, biarkan mereka untuk menanggung akibatnya. Apabila mereka memerlukan bantuan anda, pasti mereka akan bertanya.
Bertanya soalan “bolehkah awak…?”- Apabila anda memerlukan pertolongan daripada seseorang lelaki, tidak perlu untuk memulakan dengan soalan “bolehkah awak mengangkat kerusi ini?”. Ini adalah kerana dari segi psikologi seorang lelaki akan membuat tafsiran bahawa anda berasa ragu terhadap kemampuan mereka. Lelaki amat tidak suka sekiranya kemampuan mereka diragui.
Adalah lebih baik untuk anda menyatakan “tolong angkat kerusi ini”. Ini adalah lebih selamat untuk menjaga perasaan lelaki. Sekiranya mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu, biarkan mereka sendiri yang menyatakannya.

Sunday, May 5, 2013

6 caRa memaHami psikOlogi waNita (✿◠‿◠)


Untuk memahami psikologi wanita adalah suatu perkara yang susah. Ini adalah kerana sifat mereka yang sukar untuk diramal, ia berubah mengikut situasi dan keadaan. Tetapi ada juga tindakan atau perlakuan mereka yang mungkin anda boleh jadikan panduan untuk meramal pemikiran seseorang wanita itu.
Apa yang dinyatakan didalam artikel ini tidaklah seratus peratus tepat. Ia adalah berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sebahagian wanita sahaja. Mungkin dengan cara ini akan membantu anda untuk memahami psikologi wanita dengan cara yang lebih dalam lagi.

(1) Perbualan- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, perbualan seorang wanita yang kurang bijak biasanya tidak mempunyai arah tuju didalam komunikasi mereka. Ini adalah kerana psikologi wanita sebenarnya lebih fokus jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi, walaupun pemikiran mereka agak fokus, mereka lebih gemar untuk berpegang satu-satu cerita itu berdasarkan khabar angin dan bukannya fakta.

(2) Kerap memeriksa telefon bimbit- Perwatakan wanita yang seperti seorang CEO sebuah syarikat, ahli perniagaan atau sebagainya, tetapi sebenarnya mereka tidak, hanya untuk melihat fb atau sms, menunjukkan bahawa psikologi mereka yang tidak menghargai masa yang diluangkan bersama rakan-rakan atau keluarga. Selain daripada itu, wanita seperti ini juga dikatakan tidak peka terhadap sensitiviti orang lain. Boleh dikatakan mereka ini lebih mementingkan diri sendiri.

(3) Berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan- Pada kebiasaannya, wanita yang berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan, walaupun ditanya dengan soalan yang mudah seperti bertanyakan mengenai hobi atau kegemaran, menunjukkan bahawa mereka seorang yang bijak. Ia adalah kerana kepekaan mereka untuk memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. Selain daripada itu, psikologi wanita seperti ini juga dikatakan gemar untuk memperdayakan orang lain.

(4) Cara pemanduan- Sekiranya seorang wanita itu berjaya mengikut peraturan jalanraya dengan baik dan pemanduan yang lancar, ia adalah petanda bahawa mereka seorang yang bijak. Tetapi, ia bukan mengenai pemanduan sahaja, sekiranya ketika mereka memandu tetapi tidak dapat memberikan perhatian terhadap perbualan anda, ia menunjukkan bahawa mereka hanya mampu untuk memfokuskan satu tugsan sahaja pada satu-satu masa. Psikologi wanita seperti ini pula dikatakan lebih mudah untuk ditipu.

(5) Facebook profile picture- Berikan perhatian yang lebih terhadap perkara ini. Ia kerana adalah merupakan cara paling mudah untuk anda memahami psikologi wanita. Kebiasaannya wanita yang lebih bijak akan meletakkan gambar mereka sendiri, simbol-simbol mengenai isu semasa, atau gambar/simbol mengenai sesuatu perkara mengenai perjuangan hidup mereka. Mereka tidak akan sesekali meletakkan gambar yang tiada langsung berhubungkait dengan kehidupan mereka.

(6) Keraguan yang terlampau- Sebagai contoh, “anda keluar bersama teman wanita anda, kemudian seorang wanita lain menghubungi anda. Apabila sudah selesai  berbual, teman wanita anda bertanyakan mengenai siapakah yang menelefon anda. Kemudian anda menjawab nama wanita yang menelefon anda dan menyatakan bahawa anda dan dia hanyalah seorang kawan”. Sekiranya kekasih anda seorang yang bijak, mereka akan menamatkan soalan mengenai orang ke 3 sehingga ke tahap itu sahaja. Sekiranya perkara yang kecil tadi berlarutan hingga menjadi masalah pula, ia menunjukkan bahawa psikologi kekasih anda yang lebih mudah untuk dipengaruhi oleh emosi. Seseorang yang gemar menggunakan emosi untuk membuat pertimbangan adalah seorang yang kurang bijak.