Manusia merupakan sebaik-baik kejadian makhluk ciptaan Allah
Taala yang mempunyai 3 elemen penting iaitu Jasad/ Fizikal, Akal/Minda dan
Hati/Jiwa/Ruh. ALLah Taala mencipta manusia dengan IlmuNya yang Maha
Sempurna. Ertinya ALLah Taala itu Ujud hakikinya tersendiri. Maka Dia mencipta
manusia sesuai dengan kaedah supaya manusia dapat mengenaliNya sesuai
dengan Kemuliaan ZatNya. Oleh itu terciptalah manusia dengan jasad, akal, hati,
dan alam maya.
Manusia terdiri daripada zahir dan batin. Maksudnya Jasad
adalah tempat tilik mengenal sifat ALLah Taala dan Akal berkaitan dengan alam
maya iaitu alam tempat tilik akal untuk mengenal Kekuasaan ALLah Taala.
Sementara hati pula tempat merasakan hadirnya ALLah Taala. Maka inilah cara
bersistematik bagi Muslim untuk mengenal ALLah Taala.
Jika Tuhan hanya dirasa, apakah Tuhan itu hakikatnya? Jika
Tuhan hanya difikir, tiadalah tawadu’ hamba itu. Maka jelas dzahir dan bathin
adalah umpama isi dan kuku, saling berkaitan dan memerlukan.
JASAD/FIZIKAL
Jasad atau Fizikal manusia mempunyai lima (5) pancaindera
zahir yang berfungsi sebagai alat untuk manusia berkomunikasi dengan
pesekitaran dalam alam maya
1. Telinga untuk
mendengar
2. Mata untuk melihat
3. Hidung untuk mencium
bau
4. Lidah untuk merasa
5. Kulit untuk sentuhan
AKAL/MINDA
Otak manusia terdiri dari dua (2) belahan iaitu Otak Kiri (Minda Sedar) dan Otak Kanan (Minda Bawah Sedar) yang mempunyai potensi kekuatan yang berlainan. Otak kiri berkaitan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan berbicara, kemampuan mengolah tata bahasa, baca tulis, daya ingat (nama, waktu dan peristiwa), logik, angka, analisis, dan lain-lain. Sementara otak kanan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, khayalan, warna, pengenalan diri dan orang lain, sosialisasi, pengembangan kepribadian.
Para ahli metafizik banyak yang mengatakan otak kiri sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), sementara otak kanan memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient) seseorang.
OTAK KIRI :
BAHASA NOMBOR
LOGIK
ANALISIS
LOGIK
ANALISIS
OTAK
KANAN :
IMEJ
WARNA
RITMA
KHAYALAN
Penyelidikan yang dijalankan saintis menunjukkan
bahawa Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang
agak berbeza. Untuk memahami fungsi otak kita huraikan sebagai berikut:
Potensi Otak Kiri (Minda Sedar)
Fungsi otak kiri pula dikaitkan
dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam
aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor,
sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri
digelar ‘otak sains’.
Otak kiri – ANALITIK — Bahasa verbal,
Matematika, Logika, Angka2, Urutan2, Penilaian, Analisis, Linier
Potensi Otak Kanan (Minda Bawah Sedar)
Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum
konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam
aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan
gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan
digelar ‘otak seni’.
Otak kanan — KREATIF — Bentuk, Intuisi,
Lagu &musik, Warna warni, Simbol, Gambar, Imajinasi, Menghayal
|
Dominan Otak Kiri
|
Dominan Otak Kanan
|
|
Menggunakan logika
|
Menggunakan perasaan
|
|
Berorientasi detail
|
Berorientasi secara keseluruhan
|
|
Melihat fakta
|
Melihat imajinasi
|
|
Kata-kata dan bahasa
|
Simbol dan gambaran
|
|
Hari ini dan masa lalu
|
Hari ini dan masa depan
|
|
Matematika dan ilmu pengetahuan
|
Filosofi dan religi
|
|
Mengetahui
|
Memahami
|
|
Mengetahui
|
Mempercayai
|
|
Mengakui
|
Mengapresiasi
|
|
Mempersepsi urutan/pola
|
Mempersepsi secara spasial/ruang
|
|
Mengetahi nama objek
|
Mengetahui kegunaan objek
|
|
Berdasar pada realita
|
Berdasar pada fantasi
|
|
Menyusun strategi
|
Berdasar pada apa yang terjadi
|
|
Praktis
|
Terburu-buru/tidak sabar
|
|
Bermain aman
|
Mengambil resiko
|
Manusia mampu mempertingkatkan Potensi Akal/Minda ini
sepenuhnya dengan cara menseimbangkan kekuatan otak kiri dan otak kanan.
Manusia dapat memberikan saranan positif melalui otak kiri (minda sedar)
ke dalam otak kanan (minda bawah sedar) agar dapat mengaktifkan kekuatan batin
yang dikenali sebagai ‘INDERA KEENAM’
Allah swt berfirman; Allah menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah.)
(surah al-Baqarah ayat 269)
HATI/JIWA/RUH
Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus
tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang
akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi
pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan
jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga
terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam
reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah
apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian,
kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri. Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri. Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan (zikir) Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Firman Allah swt: “….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.” (ar-Ra’d:28)
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan
Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi
bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum)
insan itu sendiri.
Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
MINDA BAWAH SEDAR
Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan
banyak kejayaan besar dalam kehidupan ini. Kekuatan terbesar dalam diri
manusia itu terdapat pada fikirannya. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan
pikiran tersebut,sebab kita sering terjebak dalam zon nyaman, selesa atau
kebiasaan tertentu.Sehingga selamanya tidak dapat mencari kemungkinan yang
lebih baik atau perubahan nasib yang berarti. Oleh karena itu milikilah
matlamat hidup dan hala tuju yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam
fikiran tersebut. Sebab matlamat atau sasaran baru yang difikirkan itu akan
menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini
matlamat atau cita-cita tersebut bakal tercapai, Maka diri kita akan lebih siap
sedia menghadapi halangan dan risiko yang ada.
Setelah tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif
dilakukan secara berulang-ulang, maka tanpa disedari kita sudah banyak
melakukan hal-hal penting sehingga kita telah sampai di zona baru, dimana
kita berhasil mencapai matlamat yang diinginkan. Itulah sebab mengapa dikatakan
bahwa manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam fikiran bawah sedar.
Kekuatan fikiran bawah sedar itu dapat dibangkitkan melalui dua (2) cara,
iaitu: saranan, dan gambaran yang dilakukan serentak dengan tindakan yang
penuh semangat dan keyakinan yang padu.
SARANAN
Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk pikiran bawah sadar. Sebab keinginan yang terekam kuat dalam pikiran bawah sadar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan terekam dalam pikiran bawah sadar itulah yang dinamakan ‘Saranan’
Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk pikiran bawah sadar. Sebab keinginan yang terekam kuat dalam pikiran bawah sadar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan terekam dalam pikiran bawah sadar itulah yang dinamakan ‘Saranan’
Saranan seharusnya dilakukan dengan penuh rasa percaya
melibatkan emosi dalam diri, dilakukan penuh konsentrasi terhadap objek dan
perkara yang positif, serta berulang-ulang. Selanjutnya, fikiran bawah sedar
inilah yang akan mendorong gerak-geri tubuh kita. Kekuatan yang ditimbulkan
oleh fikiran bawah sedar itu sangat dahsyat apabila digunakan untuk melakukan
sesuatu perbuatan samada buruk atau baik. Kadangkala niat untuk melakukan
sesuatu secara otomatis akan muncul dari fikiran bawah sedar.
Saranan akan mengetuk kesedaran jiwa apabila dilakukan berulang-ulang kali secara rutin, suatu ketika kata-kata saranan tersebut akan menembus masuk ke dalam fikiran bawah sedar. Lalu fikiran bawah sedar itupun mengalirkan gelombang tenaga semangat yang dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita. Mungkin kegiatan saranan ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam diri sendiri. Biasakan mendengar getaran fikiran positif dan melakukan kebiasaan-kebiasaan yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan latihan yang berpotensi untuk menumbuhkan keyakinan (optimisme) dan daya kreatif dalam hidup.
Ada enam (6) syarat dan petunjuk dalam melakukan
Saranan Diri:
1. Berfikiran Positif;
Melakukan saranan (Niat, Zikir, Doa) dalam perkara yang baik dan hal-hal
yang positif saja.
2. Bersemangat Tinggi :
lakukan dengan penuh keyakinan dan bertenaga akan dapat memberikan kekuatan
untuk berbuat sesuatu yang luar biasa.
3. Kepastian : keinginan
yang hendak dicapai harus sudah dapat dipastikan ketepatan dan
keperluannya karena fikiran bawah sedar hanya dapat menyusun berdasarkan
kategori.
4. Suasana Sekarang:
dalam bentuk keinginan saat ini, bukan keinginan di masa lalu atau akan datang.
5. Bekerperibadian :
lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri terlebih
dahulu.
dahulu.
GAMBARAN
Bila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar akan menggambarkan apa perkara yang diinginkan itu. Dengan cara mengambarkankan impian terlebih dahulu, maka terciptalah banyak sekali karya-karya besar dan rekaan baru di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan, “ Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.”
Sesuatu yang selalu digambarkan manusia akan mudah terakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan gelombang fikiran tersebut, yang berperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan jasad. Sehingga tubuh pun bertindakbalas dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreativiti atau tindakan.
Mengambarkanikan impian akan memungkinkan seluruh impian itu tercapai oleh fikiran bawah sedar. Allah SWT menganugerahkan potensi yang sama besar kepada semua manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian.dalam hidup ini. Berikut adalah beberapa langkah dalam mengambarkan impian, iaitu:
Bila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar akan menggambarkan apa perkara yang diinginkan itu. Dengan cara mengambarkankan impian terlebih dahulu, maka terciptalah banyak sekali karya-karya besar dan rekaan baru di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan, “ Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.”
Sesuatu yang selalu digambarkan manusia akan mudah terakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan gelombang fikiran tersebut, yang berperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan jasad. Sehingga tubuh pun bertindakbalas dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreativiti atau tindakan.
Mengambarkanikan impian akan memungkinkan seluruh impian itu tercapai oleh fikiran bawah sedar. Allah SWT menganugerahkan potensi yang sama besar kepada semua manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian.dalam hidup ini. Berikut adalah beberapa langkah dalam mengambarkan impian, iaitu:
- Mendefinisikan
impian artinya memberikan gambaran yang jelas akan impian yang hendak
dicapai. Kemudian, gambarkanlah semua impian itu dengan sepenuh penumpuan
dan keyakinan seolah-olah Anda sudah meraih impian tersebut. Meskipun
tindakan ini terkesan sederhana, tetapi dari gambaran impian itulah kita
akan mencoba berbuat sesuatu untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat
meraih cita-cita.
- Menentukan
waktu untuk matlamat itu dicapai dan impian itu terwujud sesuai dengan
keinginan yang telah ditentukan, sebab impian tanpa garis waktu hanya akan
menjadi mimpi disiang hari.. Impian dengan waktu yang telah
ditetapkan akan menggerakkan kesadaran untuk tidak segan-segan melakukan
perubahan. Maka mulailah dari sekarang – Jadilah yang terbaik, lakukan
yang terbaik, biarlah Tuhan yang menentukan. Potensi yang kita miliki
kelihatannya sangat sayang jika tidak dioptimalkan.
- Melakukan
berulang-ulang kali artinya melatihkan diri kita untuk lebih sering lebih
bersedia dan sentiasa ingat akan impian kita. Jika sering ingat, maka
perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam fikiran bawah sedar. Bila
gelombang pesanan sudah diterima oleh fikiran bawah sedar maka dia akan
menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita
lebih kreatif. Jika impian telah lebih diimajinasikan maka ternyata akan
dapat melipatgandakan kekuatan fikiran bawah sedar. Imajinasi yang
diulang-ulang ini akan secara tidak langsung merangsang ilusi kenyataan
yang luar biasa tentang potensi kita sebagai umat manusia. Sehingga
diri kita akan berusaha keras mencapai impian yang telah digambarkan itu.
Begitulah seterusnya kekuatan fikiran bawah sedar bekerja dan
dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi dalam diri kita pada suatu
waktu.
TINDAKAN
Bertindak Cepat! Lakukan Segera! Merupakan kunci kejayaan
dalam tindakan dan perbuatan manusia. Tindakan yang cepat dan segera
menunjukkan keyakinan diri yang tinggi. Lakukan sekarang...!!!
KAEDAH MENGAKTIFKAN MINDA BAWAH SEDAR
Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda
sedar ( CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat
kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia
patuh pada arahan ketuanya.
Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa
dipersoalkan oleh minda bawah sedar. Tiga saluran yang berhubung ialah
pendengaran, penglihatan dan hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah
berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI.
Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda
masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika
anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda
bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari
mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya
Sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan
dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali.
Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat
yang nyaman.
Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua
tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas)
Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin
kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk
anda sedar dalam keadaan normal.
Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan
fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke
hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya
berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH.
Tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa
amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4
detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui
hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 /
8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga
dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam
tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat
tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara
pancaran mentari,.
Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala
kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman
yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali
sehingga anda berada dalam keadaan sawai.
Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada
diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam
nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata
anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.
Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar
dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong
(channel) . Ianya berputar-putar lawan jam.
Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda
sedar dengan dunia minda bawah sedar.
Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting
peribadi mana yang anda inginkan
Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu
tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan
tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan
mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai
berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.
Lihat visual permandangan tersebut dengan terang dan
berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang.
Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.
Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan
kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan
merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan
anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan
kebesaran Allah.
Ingat!Jangan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang'
. Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA
MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR<> DAN TERAMAT SANTAI JIWA.
KAEDAH MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR
Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan
bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira
atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang
mengaitkan dengan berkata di dalam hati. Sebenarnya kita berkomunikasi dengan
minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa
berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang
positif akan datang ke dalam hidup kita. Disebabkan minda bawah sedar kita ini
akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika
kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang
negatif jua.
Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana
ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam
kehidupan. Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana
ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat
dari minda sedar kita. Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi
minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan
seorang pelajar di minta untuk berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu
disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih
kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di
tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok
walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar
lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya
tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang
lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya,
tetap lurus.
Di sini kita dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar
tersebut telah menjadikan badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata
sifatnya. Begitulah kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin
mencapai apa juga yang kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk
menggunakan kuasa minda bawah sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu
kita dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut. Buanglah fikiran negatif
dalam hidup kita, jika orang lain negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka
enggan mendengar, usahlah kita teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan
diri dari orang sebegini dan carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak
mampu untuk mengubah cara orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah
cara diri kita berfikir.
Menguasai Diri Sendiri Dan Fikiran Orang lain Dengan Teknik - Minda Bawah Sedar
Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang
degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap
negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda
sendiri.
"Teknik mengawal minda
bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak
kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,''
Bagi memanfaatkan minda
ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu
berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau
orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada
disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.
Minda bawah sedar banyak
melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan
ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau
menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang
dikehendaki.... contoh paling mudah ialah bagaimana untuk
meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.
Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau
isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.
Kaedah ini juga boleh
digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya,
keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.
Insyaallah sesiapa
sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia mesti dilakukan dengan"Caranya
yang betul, serta mengikut syarat-syarat
tertentu, seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran,
sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan
kepercayaan.
Adalah lebih baik jika ia
dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang
paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan dan ebih
elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih
bersih.
Ibu bapa yang menghadapi
anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak
boleh mengikut kaedah ini.
"Ia boleh dimulakan
dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan
meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.
"Bayangkan si anak
betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan.
"Kemudian buat saranan dengan mengatakan perlahan-lahan bahawa kita amat
memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda
inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti
dia betul-betul berada di hadapan,
" kawal minda bawah
sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik,
bahasa dan nada yang lembut dan jelas. Jangan sesekali meninggikan
suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,''
Teknik ini paling cepat
kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang
positif. "Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki
oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap
kepada yang lebih positif, Sesiapa
sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan
langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. Sebaliknya
ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.
"Kita sebenarnya
adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk
kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara
yang buruk terjadi, kerana apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna
seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.
Kejayaan mudah dicapai
berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar. Ini
kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang
bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama,
Maka dengan menguasai minda
di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi
atau hasratkan. Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri
anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan
yang menerima apa saja input secara berterusan.
kaedah yang digunakan
untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu
melalui pemerhatian dan kedua,penulisan.
Penulisan adalah kaedah
terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis
hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. Misalnya,
anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah
lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan
sebagainya.
Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan
ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari. kerana melalui kaedah
ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan
kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.
Setiap individu dibekalkan
oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan
kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya. Apabila
anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan
lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain

