Saturday, December 22, 2012

Mee GorEng MaMak.....(✿◠‿◠)

Bahan-bahan ( 1 org ):
segenggam mee kuning
2 - 3 ulas bawang putih (diketuk/ditumbuk )
cili mesin -kalau nak pedas letak la lebih
2 - 3 sudu besar kicap pekat
1 biji telur
sawi - siang dan basuh
sedikit taugeh- bersihkan
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menggoreng
isi ayam/tauhu ikan

Cara-cara:
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau..
masukan cili, tumis hingga garing..masukan ayam /tauhu ikan..
masukan kicap, sawi..agak sawi dah layu masukan mee..
gaul sebati perasakan dengan garam dan serbuk perasa..
pecahkan telor..gaul hingga mee mesra dengan telor...
akhir sekali masukan taugeh..tutup api dan hidang....bagi yang suke pedas..boleh letak cili api hiris/tumbuk......
hias dengan bawang goreng , daun sup, timun dan limau....


ikAn tiGa raSa(sIakAp)..... (。✪‿✪。)

Bahan-bahan ( 3org ):
minyak masak
1ekor ikan siakap(digoreng)
3cm halia(dicingcang halus)
2biji bwg putih (dicingcang halus)
1bji bwg besar(dipotong dadu kecil)
5biji cili api(dihiris halus)
1biji tomato(dibuang biji dan dipotong dadu kecil)
sedikit nenas(dipotong dadu kecil)
6sb cili sos
6sb tomato sos
2sb sos plum
sedikit garam
sedikit ajinomoto
sedikit air
*daun sup dan cili besar untk hiasan(dihiris)
2sb cili boh

Cara-cara:
panaskn minyak.tumis bwg putih,bwg besar,cili padi,cili boh dan halia sampai naik bau.
masuk kn sos cili,sos tomato,sos plum dan sedikit air supaya tidak terlalu pekat..letak garam dan ajinomoto..secukup rasa.
apabila mendidih,masukkn tomato dan nenas..
akhir sekali,letakkn sos tadi atas ikan..dan hiaskn guna daun sup dan cili besar..


KerapU MaSak TigA RaSa..... (。✪‿✪。)

Bahan-bahan ( 5 orang ):

Seekor ikan kerapu
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak

Cara-cara:
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Monday, November 26, 2012

RicH cHocOlaTe cAkE..... (。✪‿✪。)




Bahan-bahan ( sebiji kek ):
5 biji telur (di asingkan kuningnya dari putih telur)
1 buku butter(250gm)
2 cawan gula halus
1 sudu teh esent vanilla
2 cawan tepung naik sendiri
90gm tepung biasa
3/4 cawan serbuk coco
kali ini saya gunakan 3/4 cawan air biasa
toppingnya gunakan chocolate masakan dan di campurkan dengan chocolate milk chocolate biasa
1/2 sudu makan butter untuk di campur dengan chocolate

Cara-cara:
mula - mula pukul butter hingga kembang ...kemudian masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kembang setelah gebu masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
dalam bekas lain masukkan bahan kering tepung dan serbuk coco di campurkan sekali
pukul putih telur hingga kembang
masukkan bahan kering tadi dalam adunan butter secara selang seli bersama air ....setelah sebati di adun baru la di masuk putih telur kacau pelahan -lahan jangan terlalu kacau nanti cake tak gebu ....sehingga bercampur sahaja...
setelah itu masukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit....
cara membuat topingnya gunakan cara double boiling...hingga chocolate cair baru la di masukkan butter....setelah kek sejuk baru lah di letak topping.....selamat mencuba.... ^_^

RaSsaM..... (✿◠‿◠)














Bahan-bahan ( suka ati berapa org nak makan ):
8 tangkai cili kering - dipotong2 dlm 1 inci
5 ulas bawang putih - ketuk tanpa buang kulitnya. Kalau nak buang bleh gak. tok guru yg ajar respi ni kata, kalau ikut realnya, tak yah buang kulit.
3 tangkai daun kari
1 sk jintan putih , 1 sk lada hitam - ditumbuk separuh lumat
1 biji (saiz sederhana) bwg besar - dihiris2
2 sb asam jawa - diperah ambil jusnya. kuantiti asam jawa ni ikut selera masing2. tapi mesti rasa masam mesti lebih tau.
air secukupnya utk merebus. Lebih kurang dalam 4 gelas.
garam secukup rasa
minyak utk menumis
BAGI YANG SUKA PEDAS LAGI - BOLEH LETAK CILI API YANG DIKETUK2
3 tangkai daun ketumbar - potong2
1 biji tomato - dibelah 4

Cara-cara:
tumis semua bahan kecuali air, hingga naik bau. dah naik bau, masukkan air, asam jawa dan garam. masak sampai mendidih dan cukup perisa. masukkan daun ketumbar. siap… ^_^

RaHsiA PerSonAliTi WaRnA mElaLui TaRikH LaHir…. (。✪‿✪。)


◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸.◕✿´•.¸¸. ´•.¸¸. 

Baca je la... just for fun... (◕‿◕)
Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 28hb June, bermakna kamu mewakili warna merah. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut….


Yang mana satu adalah korang... :

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.


Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai!Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!


TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.


Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.


Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!


Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya.
Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.


Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan.
Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!


Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!


Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!


Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.


Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.


Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!


Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?


Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.


Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati.Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.


Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai.
Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!


Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya.
Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!


Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸.◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. 






Thursday, November 22, 2012

TiPs MenGhaFaL DenGaN BeTul.… (✿◠‿◠)


~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~

Belajar bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar menjadi lebih cemerlang.
Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan atau catatan fakta.

Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.
Justeru, cara hafalan yang betul ialah:

Menggunakan gambar sebagai memori
Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.

Berikan tumpuan penuh semasa menghafal.
Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan hilang fokus.
Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.
Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas. Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.

Mula belajar sejak awal.
Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.

Mengulang kaji sedikit-sedikit.
Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.

Buat nota ringkas.
Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar untuk membantu anda ‘gembira’ ketika mengulang kaji.

~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~

Tuesday, November 20, 2012

ChiLi CrAb SaRel StYle.... (✿◠‿◠)



Bahan-bahan ( 3 orang ):
- ketam dalam 4-5 ekor yang besar2.
- 4 sudu besar Cili blend (blend sendiri kalu boleh. Cili boh x sedap) kalau suka pedas boleh tumbukkan 2 atau 3 biji cili padi..
- 2 sudu besar sos tiram - 3 sudu besar sos tomato, - 3 Sudu besar sos cili dicampurkan semuanya.
- 1 sudu besar lada hitam(ditumbuk kasar)
- 1 labu bawang besar (potong bulat)
Untuk ditumis - 2 bawang kecil (tumbuk) - 3-4 ulas bawang putih (tumbuk) - 5cm halia (dititik) - 1 batang serai (dititik)
- lada bengala hijau (capsicum) nak merah, kuning ikut suka (nak campur2 kasi seri ckit pun boleh)
Minyak untuk menumis dan mengoreng ketam
Daun sup untuk hiasan


Cara-cara:
- Lumur ketam ngan garam + serbuk kunyit pastu goreng. Api Sederhana kuat. Dah agak garing angkat dan toskan.
- Tinggalkan ckit minyak goreng ketam td dalam 4 sudu besar dan tumis bawang kecik + bawang putih + halia + serai tadi.
- Dah wangi masuk cili blend. Tumiskan sekejap, pastu mauk lada hitam + lada benggala
- Masukkan ketam goreng, + sos cili, sos tomato, sostiram tadi.
-kacau sampai sebati.. agak2 pekat sangat masukkan air panas sikit...
- last masukkan bawang yang dipotong bulat td. kaco dalam 2 tiga minit angkat dan hidang. Taburkan daun bawang dan kalau suka sedikit bawang goreng...
Tadaa... hidangkan ler pada keluarga tercinta... mesti kasih bertambah sayang, sayang bertambah cinta, cinta bertambah kasih.. ceeewahhhh...hi~ (◕‿◕)

RahSia peRsoNaliTi & raHsiA TariKh laHir.... (。✪‿✪。)


◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸.◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿


Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.hiuhiuhui (◕‿◕)

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing                                              
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik. 

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. 

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati. 

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman. 

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal. 

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta! 

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari. 

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan…


◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸.◕✿´•.¸¸. ◕✿´•.¸¸. ◕✿

Monday, November 19, 2012

PopIa KetAm MamA.... (✿◠‿◠)



Bahan-bahan ( 50 biji popia ):
sepeket kulit popia saiz kecil (50 kpg)
sepeket sayur campuran segera saiz sedang (250 gm)
** sepeket "crab stick" (16 btg)
1 suduT tepung jagung (bancuh pekat dgn sedikit air) sbg pelekat
garam
** 14 stick ptg 3, 2 stick ptg 4 = jumlah 50 stick utk 50 popia


Cara-cara:
sayur campuran di goreng tanpa minyak dlm kuali hingga airnya kering dan perasakan dgn sedikit garam.... kmdian ketepikan
ambil sehelai kulit popia dan isikan sepotong "crab stick" dan sedikit sayur campuran tadi.... mulakan dr penjuru dan pghujung gulungan sapukan sedikit bancuhan tepung jagung sbg pelekat
buat sehingga habis dan masukkan ke dalam fridge... nk mkn br goreng
cicah dgn sos + mayonis mmg sesuai...  ^_^

Saturday, November 17, 2012

UdanG GalAh MasAm ManIs NeNaS.... (。✪‿✪。)














Bahan-bahan ( 1 hidangan ):
50 gm Bawang Besar- dipotong dadu 
25 gm bawang putih -dipotong dadu 
1/2 biji nenas dipotong dadu 
50 gm timun dipotong dadu 
50 gm cili merah dipotong dadu 
250 gm udang galah 
30 gm sos cili 
10 gm cuka 
15 gm gula Sedikit minyak


Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dipotong dadu dengan sos cili. 
2. Masukkan udang , garam ,gula,cuka dan bahan perasa secukupnya sebelum dihidangkan...

puDinG jagUnG.... (✿◠‿◠)



Bahan-bahan ( 1 hidangan ):
* 1 cawan tepung kastad 
* 1 cawan jagung manis 
* 3/4 cawan gula 
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air. 
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.>hasue tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat. 
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Thursday, November 15, 2012

ketaM mAsaK leMak ciLi paDi.... (✿◠‿◠)




Bahan-bahan ( sesuai la untuk dlm 3-4 org makan... ):
2 ekor ketam (bersihkan dan dipotong 4)
santan pekat 
cili padi 10 biji 
serai 2 batang 
kacang buncis 10 batang(dipatah 3) 
kunyit sebesar 1/2 ibu jari(jika kurang kuning tambahkan sedikit serbuk kunyit sedikit garam dan gula

 Cara-cara:
tumbuk cili padi bersama dgn kunyit. tumbuk hingga lumat ketuk serai. masukkan santan ke dlm periuk dan masukan bahan yg telah ditumbuk. masukan juga serai. kacau santan perlahan2 kemudian masukkan ketam dan juga kacang buncis. masukkan garam dan sedikit gula. hidangkan bersama nasi panas.