Monday, April 29, 2013

9 raHsia diseBalik beNtuk maTa waNita...(✿◠‿◠)


Matanya seolah tersembul keluar- Seorang yang bersifat baik, rela, tabah, menyenangkan dan mengikut kata. Tetapi mereka juga berkemungkinan tidak menepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
 


Mata selalu berkedip- Seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Berkemungkinan juga mereka seorang wanita yang bersifat agak baik.
 


Mata jarang berkedip- Wanita ini agak istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil dan bertanggungjawab,tidak cerewet, gemar untuk membantu dan berpewatakan yang mampu untuk membahagiakan seseorang.
 


Matanya seolah tersembul keluar- Seorang yang bersifat baik, rela, tabah, menyenangkan dan mudah untuk  mengikut kata. Tetapi mereka juga  berkemungkinan tidak menepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
 


Mata cengkung- Kehendaknya sukar untuk dipenuhi, materialistik, kata-katanya manis tetapi bohong, mahu kehidupan yang senang, mudah curang, bila anda susah berkemungkinan anda tidak akan dipedulikan.
 


Mata kuyu- Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat mengawal emosi, hati tidak tetap, mempunyai banyak kenalan tetapi yang betul-betul berkawan dengannya adalah sedikit, suka mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, dan pemarah.
 


Saiz mata kecil- Seorang yang peramah tetapi kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Apabila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
 


Saiz mata sedang – Seorang yang sederhana, tidak banyak berahsia, memiliki pertimbangan yang baik, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.


Saiz mata lebar - Seorang yang kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Mereka juga berkemungkinan seorang yang setia. Nafsu syahwatnya juga agak tinggi.
 


Perhatian! Panduan ini hanyalah sekadar untuk pengetahuan am sahaja. Dan tiada bukti saintifik menunjukkan sikap seseorang mampu diukur dengan bentuk matanya. Ini hanyalah kajian secara kasar kepada beberapa individu dan cara terbaik untuk mengenal seseorang adalah dengan cuba untuk mendekatinya dan mengambil masa untuk mengenalinya lebih mendalam!!



10 caRa terBaik meMujuk keKasih aNda yAng meRajuk ...(。✪‿✪。)


Berterus-terang sangat membantu si dia untuk lebih memahami perkara sebenar.Kadang kala punca sebenar ialah salah faham.

1.Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu tumpuanya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.


4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu