Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab
berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya. Membaca Qur’an
seharusnya sudah menjadi agenda harian kita. Dengan rutin membaca, maka kita
akan dimudahkan melangkah ke tahap selanjutnya yaitu, berusaha mengerti dan
memahami makna dari yang rutin kita baca tersebut.
Kita usahakan program rutin membaca Alquran menjadi bagian dari
kebutuhan hidup kita, sebagaimana makan dan minum. Agar Al-Qur’an memberi bekas
ke dalam hati, ada adab-adab yang perlu Anda perhatikan saat membacanya.
Berikut adalah adab membaca al-Quran dari kitab At-Tibyan fi
Adab Hamalat al-Quran oleh al-Imam an-Nawawi yang saya dapat senaraikan kepada
22 perkara, iaitu :
- Berniat ikhlas kerana Allah
SWT.
- Menggosok gigi atau bersiwak
sebelum membaca al-Quran.
- Membaca dalam keadaan berwuduk.
- Mengadap ke arah kiblat.
- Memulakan dengan at-Ta’awwuz.
- Membaca
al-Quran dari Mushaf lebih utama dari membaca tanpa melihat. Walaupun
begitu bagi yang ingin menghafaznya, diharuskan membaca dari hafazan tanpa
melihat.
- Membaca
dengan suara yang merdu dan kuat agar dapat dihayati oleh diri sendiri dan
orang lain. Al-Imam al-Ghazali ada menyatakan, jika kita bimbang akan
timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka membaca secara perlahan itu
lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada timbulnya penyakit
berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang nyaring – Ihya’
Ulumiddin.
- Membaca dengan perhatian dan
memahami ayat-ayat yang dibacakan.
- Membaca
dengan tadabbur dan menangis. Antara adab-adab tadabbur itu ialah
memperlahankan suara apabila sampai pada ayat yang menyentuh mengenai
sifat Allah SWT menurut tafsiran orang kafir. Sebagai contoh orang Yahudi
mengatakan Nabi Uzair anak Allah SWT seperti yang disebutkan Allah dalam
surah at-Taubah ayat 30. Contoh yang lain ialah persepsi mereka bahawa
Allah SWT tidak berkuasa mengurniakan rezeki kepada hamba-Nya seperti yang
difirmankan dalam ayat 64 surah al-Maidah.
- Memuliakan al-Quran. Kita
dilarang membaca al-Quran sambil ketawa ataupun sambil berbual melainkan
mengenai sesuatu yang amat penting.
- Membaca ayat dan surah mengikut
susunannya dalam tertib al-Quran, yang dulu didahulukan dan kemudian
dikemudiankan.
- Beramal dengan ajaran al-Quran
itu.
- Sentiasa
membaca al-Quran terutama pada waktu pagi kerana Nabi SAW mendoakan
keberkatan waktu itu. Diriwayatkan dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim dari
Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang
membaca 10 ayat, maka dia tidak akan tergolong dari kalangan orang yang
lalai.” – (2085, hadis sahih mengikut syarat Muslim)
- Berusaha menghafaz ayat
al-Quran dan mengulang-ulang ayat itu supaya sentiasa mengingatinya.
- Meletakkan sasaran untuk
mengkhatamkan al-Quran itu.
- Memanjatkan doa sebaik tamat
membaca al-Quran kerana waktu itu adalah antara waktu mustajab doa.
- Dilarang membaca al-Quran di
tempat yang tidak sewajarnya seperti di dalam tandas.
- Mengucup al-Quran kerana
dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia juga hadiah kepada
Allah SWT.
- Mewangikan al-Quran sebagaimana
meletakkan wangian pada Hajar al-Aswad.
- Meletakkan al-Quran di tempat
yang tinggi.
- Berusaha untuk menghayati isi
kandungan al-Quran hingga membawa ke peringkat menangis atau menitiskan
air mata.
- Tidak memberi salam kepada
seseorang yang sedang membaca al-Quran.





