Mesej- Apabila
seseorang wanita menghantar mesej kepada rakan mereka, kandungan mesej tersebut
lebih berkisar mengenai perhubungan, sokongan, memberikan cadangan, menanyakan
soalan, meminta maaf dan sebagainya. Manakala bagi seorang lelaki pula mesej
yang dihantar kepada rakan mereka lebih berbentuk kontrovesi, seperti kata
sindiran yang menyakitkan hati, ayat yang tidak senonoh dan sebagainya.
Seseorang lelaki lebih cenderung menghubungi rakan untuk mendapatkan pengaruh
dan hormat berbanding wanita yang memikirkan mengenai perhubungan antara sesama
mereka.
Topik- Apabila seseorang
lelaki cuba mengubah topik yang sedang dibincangkan, ia adalah kerana untuk
menenangkan keadaan atau merasakan perkara yang sedang di bincangkan adalah
masalah kecil yang tidak perlu diberikan perhatian. Tetapi bagi wanita, apabila
sesuatu topik itu di ubah, ia menunjukkan bahawa lelaki itu tidak mengambil
berat dan tidak peka mengenai sesuatu masalah. Seseorang lelaki lebih cenderung
untuk mengawal situasi manakala wanita pula lebih cenderung untuk melepaskan
emosi.
Bercakap- Siapakah lebih banyak
bercakap?? Lelaki/Wanita?? Pasti ramai yang menyutujui jika dikatakan wanita
lebih banyak bercakap. Tetapi hasil daripada kajian yang ditunjukkan adalah
jumlah percakapan bagi lelaki dan wanita adalah sama dan lebih memeranjatkan
lagi jumlah perkataan lebih banyak digunakan oleh lelaki di dalam sesuatu baris
ayat. Berkemungkinan ini adalah kerana sifat lelaki dalam menyampaikan maklumat
dan sebagai pemimpin. Seseorang wanita lebih banyak bercakap bersama dengan
keluarga dan teman dekat, mengekspresikan sokongan dan menceritakan pengalaman.
Lelaki pula cenderung bercakap di tempat kerja, aturcara formal /sosial,
dan tujuan mereka adalah untuk pertukaran maklumat, walaupun ketika bercakap
dengan rakan.
Keputusan-
Apabila sesuatu keputusan ingin dibuat, wanita lebih cenderung untuk berada di
dalam situasi perbincangan, bertanyakan soalan dan sebagainya. Ini adalah
kerana wanita mahukan keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak. Manakala
lelaki pula lebih cenderung memanipulasi fakta untuk mempengaruhi pihak lain
agar turut mempersetujui keputusan yang telah mereka buat. Lelaki lebih
gemar memberikan kenyataan daripada menerima pandangan.
Masalah- Apabila seseorang
lelaki menceritakan masalah yang sedang dihadapi, ia adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklumat yang berkemungkinan membantu dalam penyelesaian sesuatu
masalah itu. Dan cuba selesaikannya dengan kadar segera. Manakala apabila
wanita menceritakan mengenai masalah, mereka lebih cenderung untuk berbicara
lebih luas mengenai masalah yang mereka sedang hadapi, meluahkan perasaan yang
terpendam dan sebagainya.

