Jika
sebelum ini t5 telah menyenaraikan mengenai ciri
wanita idaman lelaki, artikel kali ini akan
menyenaraikan mengenai ciri lelaki idaman wanita pula.
Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki untuk berjaya
menambat hati seorang wanita? Adakah mereka perlu menjadi seorang yang kaya, bijak, tampan atau sebagainya? Apakah ciri-ciri yang
menjadi keutamaan untuk penilaian seorang wanita? Ia akan terjawab selepas anda
membaca artikel ini. Pendapat ini adalah hasil daripada suara majoriti yang
mewakili wanita. Berkemungkinan ada juga wanita yang tidak sependapat mengenai
perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk menjadi panduan terutamanya kepada
lelaki yang masih singledi luar sana.
Mampu
melakukan kerja lelaki- Sebahagian
wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu
melakukann kerja-kerja
lelaki seperti bertukang, membaiki
kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia yang kebanyakan
lelaki tidak sedar.
Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan
wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan
yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu
menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini
mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan
kata-kata seorang lelaki.
Cara berpakaian- Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa
untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia
adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif
terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk
anda mendekati mereka.
Berjaya
memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan
perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu
mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang
wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.
Mampu
berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu
untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu
untuk dilindungi? Persoalanyang selalu bermain di fikiran wanita.
Membuatkan
mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya
membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat
mereka.
Kelakar- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan
wanita ketawa.
Mengambil
berat- Wanita amat memerlukan perhatian
daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya
anda mengambil berat mengenai diri mereka.
Pegangan
agama- Tugas besar seorang lelaki adalah
untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang
kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.








