Kemahiran memimpin- Setiap lelaki mesti memiliki kemahiran untuk memimpin walaupun
jumlah orang yang dipimpin hanya untuk seorang. Ini adalah kerana ianya
merupakan tanggungjawab dan tugas bagi seseorang yangbergelar lelaki. Sekiranya
tiada sifat kepimpinan terhadap seseorang lelaki, ia bukan sahaja akan
memberikan masalah kepada dirinya malah berkemungkinan terhadap isteri atau
anak-anak apabila mereka berkahwin nanti. Pasti orang yang bergantung harap terhadap
mereka kehidupannya seperti tiada arah tuju kerana objektif sesuatu isu tidak
disampaikan dengan baik. Memimpin juga tidak hanya kepada untuk memberikan
arahan, tetapi mereka juga perlu memberikan perlindungan terhadap pimpinan
jagaan mereka.
Kemahiran memujuk- Sememangnya ini merupakan kelebihan utama kepada lelaki. Seorang
lelaki dilahirkan untuk memujuk dan bukannya dipujuk. Ini adalah kerana hati
dan perasaan lelaki sukar untuk terguris berbanding wanita. Ia juga bersesuaian
dengan sifat lelaki yang lebih banyak menggunakan pertimbangan akal fikiran
berbanding wanita yang lebih kepada emosi. Seorang lelaki yang mempunyai
pertimbangan akal fikiran yang baik pasti akan memujuk kerana sekiranya mereka
tidak memujuk, ia menunjukkan mereka juga mengutamakan emosi sama dengan sikap
wanita.
Kemahiran membuat keputusan- Ada pendapat menyatakan bahawa wanita mampu untuk memberi seribu
satu cadangan, pendapat, atau idea mengenai sesuatu isu itu tetapi mereka sukar
untuk membuat walaupun hanya untuk satu keputusan. Ini berkemungkinan
disebabkan kerana pemikiran antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Pemikiran
seorang lelaki adalah lebih realistik atau logik berbanding wanita yang terlalu
mengikut perasaan. Sekiranya seorang lelaki tidak mampu untuk membuat keputusan
untuk dirinya sendiri, bagaimana sekiranya mereka diperlukan untuk membuat
keputusan mewakili keluarga mereka nanti.
Kemahiran menyelesaikan masalah- Bayangkan sekiranya lelaki tiada kemahiran untuk menyelesaikan
masalah, pasti ianya akan membawa kepada kehidupan yang kucar kacir. Kelebihan
yang diberikan kepada lelaki untuk membuat pertimbangan yang lebih baik harus
digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setiap
manusia pasti akan menghadapi masalah di dalam kehidupan mereka, tetapi
sekiranya ia di atasi dengan baik, masalah yang dihadapi akan lebih mematangkan
seseorang dalam membuat keputusan pada masa hadapan. Seorang lelaki haruslah
tidak lebih memikirkan terhadap masalah yang mereka sedang hadapi sebaliknya
memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.
Kemahiran untuk menyampaikan maklumat- Kekeluargaan merupakan suatu organisasi dan
lelaki berada pada kedudukan paling tinggi di dalam institusi berkenaan.
Sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan baik,
bagaimana dengan orang yang dipimpinnya? Pasti mereka akan tercari-cari hala
tuju kehidupan mereka. Contoh paling mudah adalah seperti sebuah syarikat.
Pihak atasan perlu menyampaikan maklumat dengan baik kepada pekerjanya untuk
mencapai objektif syarikat. Sekiranya pekerja tidak memahami mengenai maklumat
yang disampaikan, pasti objektif untuk syarikat itu tidak akan tercapai. Begitu
juga di dalam institusi kekeluargaan. Pasti tujuan sebenar untuk kehidupan
berkeluarga tidak akan tercapai sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan
maklumat dengan baik.

No comments:
Post a Comment