Untuk
memahami psikologi wanita adalah suatu perkara yang susah. Ini adalah kerana
sifat mereka yang sukar untuk diramal, ia berubah mengikut situasi dan keadaan.
Tetapi ada juga tindakan atau perlakuan mereka yang mungkin anda boleh
jadikan panduan untuk meramal pemikiran seseorang wanita itu.
Apa
yang dinyatakan didalam artikel ini tidaklah seratus peratus tepat. Ia adalah
berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sebahagian wanita sahaja. Mungkin
dengan cara ini akan membantu anda untuk memahami psikologi wanita dengan cara yang lebih dalam
lagi.
(1) Perbualan-
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, perbualan seorang wanita yang kurang
bijak biasanya tidak mempunyai arah tuju didalam komunikasi mereka. Ini adalah kerana psikologi wanita sebenarnya
lebih fokus jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi, walaupun
pemikiran mereka agak fokus, mereka lebih gemar untuk berpegang satu-satu
cerita itu berdasarkan khabar angin dan bukannya fakta.
(2) Kerap memeriksa telefon bimbit- Perwatakan wanita yang
seperti seorang CEO sebuah syarikat, ahli perniagaan atau sebagainya, tetapi
sebenarnya mereka tidak, hanya untuk melihat fb atau sms, menunjukkan bahawa
psikologi mereka yang tidak menghargai masa yang diluangkan bersama rakan-rakan
atau keluarga. Selain daripada itu, wanita seperti ini juga dikatakan tidak
peka terhadap sensitiviti orang lain. Boleh dikatakan mereka ini lebih
mementingkan diri sendiri.
(3) Berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan- Pada
kebiasaannya, wanita yang berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan,
walaupun ditanya dengan soalan yang mudah seperti bertanyakan mengenai hobi
atau kegemaran, menunjukkan bahawa mereka seorang yang bijak. Ia adalah kerana
kepekaan mereka untuk memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum melakukan
apa-apa tindakan. Selain daripada itu, psikologi wanita seperti ini juga
dikatakan gemar untuk memperdayakan
orang lain.
(4) Cara pemanduan- Sekiranya seorang wanita itu berjaya
mengikut peraturan
jalanraya dengan baik dan pemanduan yang
lancar, ia adalah petanda bahawa mereka seorang yang bijak. Tetapi, ia bukan mengenai pemanduan sahaja, sekiranya
ketika mereka memandu tetapi tidak dapat memberikan perhatian terhadap
perbualan anda, ia menunjukkan bahawa mereka hanya mampu untuk memfokuskan satu
tugsan sahaja pada satu-satu masa. Psikologi wanita seperti ini pula dikatakan
lebih mudah untuk ditipu.
(5) Facebook profile picture- Berikan perhatian yang lebih
terhadap perkara ini. Ia kerana adalah merupakan cara paling mudah untuk anda
memahami psikologi wanita. Kebiasaannya wanita yang lebih bijak akan
meletakkan gambar mereka sendiri, simbol-simbol mengenai isu semasa,
atau gambar/simbol mengenai sesuatu perkara mengenai perjuangan hidup mereka.
Mereka tidak akan sesekali meletakkan gambar yang tiada langsung berhubungkait
dengan kehidupan mereka.
(6) Keraguan yang terlampau- Sebagai contoh, “anda keluar
bersama teman wanita anda, kemudian seorang wanita lain menghubungi anda.
Apabila sudah selesai berbual, teman wanita anda bertanyakan mengenai
siapakah yang menelefon anda. Kemudian anda menjawab nama wanita yang menelefon
anda dan menyatakan bahawa anda dan dia hanyalah seorang kawan”. Sekiranya
kekasih anda seorang yang bijak, mereka akan menamatkan soalan mengenai orang
ke 3 sehingga ke tahap itu sahaja. Sekiranya perkara yang kecil tadi berlarutan
hingga menjadi masalah pula, ia menunjukkan bahawa psikologi kekasih anda yang
lebih mudah untuk dipengaruhi oleh emosi. Seseorang yang gemar menggunakan
emosi untuk membuat pertimbangan adalah seorang yang kurang bijak.


No comments:
Post a Comment