Ada
sesetengah perkara yang sebenarnya lelaki tidak suka apabila wanita cuba
lakukan. Mungkin ia disampaikan secara kurang jelas yang membuatkan wanita
merasakan bahawa ia adalah suatu perkara biasa. Berdasarkan survey yang telah
dijalankan, rata-rata lelaki memberikan jawapan yang sama mengenai perkara yang lelaki tidak suka. Adakah ia satu kebetulan
ataupun mereka benar-benar memaksudkannya? Adakah ia berpunca daripada sifat
semulajadi atau keegoan
seorang lelaki? Anda boleh memberikan pandangan
diruangan komen. Apa yang t5 ingin sampaikan dalam artikel ini adalah mengenai
5 perkara yang lelaki tidak suka wanita lakukan.
Memberitahu
lelaki apa yang perlu dilakukan-
Adakah anda sentiasa memberitahu pasangan anda cara memandu, cara berpakaian,
bagaimana untuk bertindak, dan sebagainya. Tidak dinafikan wanita sememangnya
lebih bijak membuat penambahbaikan, tetapi ia adalah suatu yang sangat sensitif
bagi lelaki. Perkara yang paling penting kepada lelaki adalah perasaan seperti
beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik. Dengan memberitahu lelaki apa
yang perlu dilakukan mungkin akan mewujudkan jurang
dalam perhubungan anda berdua.
Daripada
memberitahu lelaki apa yang perlu dilakukan, adalah lebih baik anda bertanyakan
pendapat mereka. Lelaki akan lebih memberikan kerjasama sekiranya anda berjaya
membuatkan mereka
berasa hebat. Daripada menyatakan “Abang harus
lakukan begini” adalah lebih baik anda menyatakan “Apa pendapat abang jika
lakukan dengan cara ini”. Ia membolehkan beliau untuk berkongsi pendapat dan
secara tidak langsung anda juga boleh menyuarakan pandangan. Ini merupakan
helah mudah untuk mengawal emosi lelaki.
Tidak
memberikan mereka ruang- Pada
kebiasaannya lelaki yang sedang berada didalam masalah lebih selesa untuk
menyendiri. Ini bukan bermakna mereka tidak mahu berkongsi masalah dengan anda,
tetapi mereka cuma perlukan masa untuk menstabilkan diri sendiri terlebih dahulu.
Perkara
yang wanita boleh lakukan adalah dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada
beliau untuk menyelesaikan masalah itu. Cuba elakkan daripada menambahkantekanan terhadap mereka.
Leteran- Leteran yang bersesuaian dengan situasi agak mudah untuk
diterima. Tetapi jangan anda meleteri mereka sehingga boleh menimbulkan kerunsingan
didalam fikiran. Anda selalu menyatakan bahawa
mereka tidak dewasa, tidak berwibawa, tidak boleh mengendalikan perkara-perkara
dengan sendiri dan sebagainya. Mereka sahaja yang menjadi masalah dari
pandangan anda.
Sebaiknya, anda tidak perlu untuk
meleteri mereka mengenai suatu isu berulang-ulang kali. Biarkan mereka
mengendalikan isu-isu itu sendiri, dan apabila mereka tidak melakukannya,
biarkan mereka untuk menanggung akibatnya. Apabila mereka memerlukan bantuan
anda, pasti mereka akan bertanya.
Bertanya
soalan “bolehkah awak…?”- Apabila anda
memerlukan pertolongan daripada seseorang lelaki, tidak perlu untuk memulakan
dengan soalan “bolehkah awak mengangkat kerusi ini?”. Ini adalah kerana dari
segi psikologi seorang lelaki akan membuat tafsiran bahawa anda berasa ragu
terhadap kemampuan mereka. Lelaki amat tidak suka sekiranya kemampuan mereka diragui.
Adalah lebih baik untuk anda
menyatakan “tolong angkat kerusi ini”. Ini adalah lebih selamat untuk menjaga
perasaan lelaki. Sekiranya mereka tidak mampu untuk melakukan sesuatu, biarkan
mereka sendiri yang menyatakannya.


No comments:
Post a Comment