Apabila
diceritakan mengenai kemahuan
lelaki, pasti pemikiran lebih cenderung
untuk memikirkan mengenai seksualiti. Ini kerana kemahuan lelaki lebih sinonim
dengan kemahuan seks. Tetapi artikel ini bukan untuk menceritakan dari
sudut seks, tetapi lebih kepada kemahuan psikologi. Jadi, apa yang lelaki mahu
dari wanita?
Teman- Apa yang lelaki mahu daripada wanita bukan dari segi
keperluan seks sahaja, tetapi mereka sebenarnya memerlukan seorang teman yang
sanggup berkongsi susah dan senang bersama mereka. Ini kerana wanita sebenarnya
membawa cas yang amat-amat diperlukan oleh seseorang lelaki untuk menguatkan
semangat mereka.
Terbuka dan jujur- Lelaki mahu seorang wanita yang terbuka dan jujur. Apabila
mereka bertanyakan soalan, mereka memerlukan satu jawapan yang jujur. Mereka
mahu tahu apa
yang bermain difikiran wanita itu
mengenai diri mereka. Seorang lelaki lebih sanggup untuk kehilangan wanita
daripada dirinya ditipu.
Sifat kewanitaan- Apa yang tiada pada lelaki adalah sifat kewanitaan. Tetapi
mereka amat memerlukan sifat ini untuk melengkapkan kehidupan mereka.
Disebabkan ketidaksempurnaan inilah mereka mahu seorang wanita yang bersifat
feminin untuk melengkapi keperluan mereka.
Penasihat- Perkara yang paling tidak disukai lelaki adalah apabila
diri mereka dikawal. Mungkin apa yang wanita cuba lakukan semata-mata
untuk menjaga
hubungan mereka. Tetapi itu bukan
perkara yang lelaki mahu. Lelaki mahukan seorang peneman yang boleh menasihati
mereka dan bukannya mengawal apa yang mereka mahu lakukan.


No comments:
Post a Comment