✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~
Belajar bukan saja memerlukan tumpuan penuh namun pemahaman
mendalam mampu melonjakkan prestasi pencapaian, sekali gus membantu pelajar
menjadi lebih cemerlang.
Antara aspek penting perlu diberi tumpuan ialah teknik
belajar yang betul seperti membuat peta belajar, diskusi berkumpulan atau
catatan fakta.
Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.
Satu lagi kaedah digemari ialah melalui hafalan namun jika tidak dilakukan dengan cara betul akan menyebabkan pelajar mudah lupa dan bertambah pening.
Justeru, cara hafalan yang betul ialah:
Menggunakan
gambar sebagai memori
Tukarkan maklumat diperoleh dalam kelas atau kuliah kepada
gambar dan membuatkan anda lebih ingat berbanding mendengar saja. Ketika guru
sedang mengajar, gunakan minda anda untuk menukarkan apa yang diperkatakan
kepada gambar. Ini akan menjadikan anda lebih mudah mengingati.
Berikan
tumpuan penuh semasa menghafal.
Jangan alihkan tumpuan dengan melakukan perkara sampingan
seperti menonton televisyen, mendengar radio, menghantar khidmat pesanan
ringkas dan sebagainya ketika menghafal. Anda hanya membazir masa kerana akan
hilang fokus.
Buat berulang-kali agar hafalan menjadi menjadi mantap.
Anda perlu membuat hafalan berulang kali hingga faham. Jika
masih samar, ulang semula hingga benar-benar ingat dan mendapat gambaran jelas.
Selepas itu tulis apa yang dihafal itu bagi memastikannya berkekalan di minda.
Mula
belajar sejak awal.
Belajar pada saat akhir bukan saja akan membebankan otak
malah membuatkannya tidak mampu menerima maklumat secara berkekalan. Anda juga
akan berasa tertekan menyebabkan hafalan bercelaru.
Mengulang
kaji sedikit-sedikit.
Hafalan tidak boleh dilakukan dalam kuantiti banyak kerana daya
mengingat manusia adalah terhad. Lebih baik fokus pada sesuatu dalam kuantiti
kecil selain membuat ulang kaji secara berterusan.
Buat
nota ringkas.
Sediakan nota ringkas yang menarik serta dihiasi gambar
untuk membantu anda ‘gembira’ ketika mengulang kaji.
✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~✿✿~

No comments:
Post a Comment