Kedutan pada wajah adalah satu masalah yang sering cuba dielakkan
oleh seseorang terutamanya wanita. Masalah ini mungkin dapat dikurangkan
sekiranya anda mengetahui apakah punca yang menyebabkan kedutan tersebut.
Tetapi, ada sesetengah punca yang khusus tidak dapat untuk dielakkan. t5 akan
menyenaraikan 6 punca utama yang menyebabkan kedutan pada wajah anda.
Juling- Tahukah anda bahawa
juling akan menyebabkan tisu kulit halus dibahagian mata akan menghasilkan satu
garisan yang dalam. Ia akan kelihatan seperti kedutan pada bahagian mata.
Sekiranya anda mengalami masalah ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat
pakar. Pada masa kini, terdapat pelbagai rawatan yang menawarkan penyelesaian
untuk masalah ini. Ia juga dikatakan dapat disembuhkan dengan sendiri. Antara
rawatannya ialah:
·
Cermin mata biasanya
digunakan untuk membantu mata melihat dengan lebih baik
·
Ubat airmata atau
ointment boleh juga diberi, dengan tanpa cermin mata. Ubat suntikan
kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
·
Operation kadang-kadang
diperlukan untuk menyelarikan mata
·
Latihan senaman mata
juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.
Ketawa- Apabila kanak-kanak
ketawa, kulit tidak akan terjejas oleh tindakan regangan yang berlaku, ini
disebabkan kekenyalan kulit pada usia muda. Tetapi apabila orang dewasa ketawa,
kulit muka yang meregang tidak kembali ke bentuk asal disebabkan kekenyalan
kulit yang telah berkurangan mengikut usia. Disebabkan itu anda dinasihatkan
untuk mengawal apabila hendak ketawa. Ia juga menunjukkan satu adab yang sopan.
Penuaan- Faktor usia
sememangnya tidak dapat dielakkan. Ini disebabkan oleh lemak dan kolagen di
bawah kulit berkurangan, menyebabkan kedutan terbentuk. Ianya bukanlah
merupakan satu masalah sekiranya kedutan terbentuk bersesuaian dengan usia
anda.
Merokok- Seseorang yang merokok
akan kelihatan lebih tua berbanding orang yang tidak menghisapnya. Ini
disebabkan rokok akan memusnahkan kulit yang membawa oksigen dan nutrien
penting yang mengekalkan kulit yang sihat dan kelihatan muda. Cara terbaik
untuk mengelakkan kedutan pada wajah adalah dengan berhenti merokok.
Alkohol- Minuman keras akan
menyebabkan kulit anda terhidrasi atau dengan erti kata lain mengeringkan
kelembapan kulit. Dan ini akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua.
Matahari- Sinar ultraviolet
matahari memberi kesan kemusnahan pada kulit, menyebabkan kulit kehilangan
kesegaran. Cuba elakkan daripada terkena sinaran matahari yang terik.


No comments:
Post a Comment