Sememangnya
wanita amat sukar untuk difahami kerana mereka tidak suka menyampaikan sesuatu
secara terus terang,mereka mahukan seorang lelaki yang
lebih memahami. Tidak seperti lelaki yang bersikap terbuka. Jadi, setiap
kata-kata mereka pasti ada rahsia yang tersembunyi. Apakah makna disebalik
kata-kata wanita?
Fine!- Adakah lelaki memahami apabila pasangan mereka menyatakan
perkataan Fine! ? Kebiasaannya, wanita meluahkan perkataan ini kerana mahu
menghentikan perdebatan yang sedang berlaku. Sebaiknya, apabila mereka sudah
mengeluarkan kata-kata ini, anda perlu untuk memberikan ruang untuk mereka
bertenang. Cuba elakkan daripada terus memberi tekanan kerana ia akan
meningkatkan lagi pengaruh emosi mereka. Apabila sesuatu perbincangan
dipengaruhi emosi pasti sukar untuk mencari jalan penyelesaian.
5 minit- Apabila wanita menyatakan mereka memerlukan masa 5 minit
untuk bersiap, anda perlu bersedia untuk menunggu sekurang-kurangnya setengah
jam. Lelaki perlu memahami bahawa kecantikan adalah perkara utama untuk wanita,
terutamanya apabila keluar bersama orang yang mereka sayang.
Takda apa-apa- Apabila wanita menyatakan seperti ini, ia adalah petanda
awal bahawa perang akan berlaku sekali lagi sekiranya masalah belum lagi dapat diselesaikan. Lelaki seharusnya bersedia
untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dan memahami bagaimana
cara untuk mengatasinya.
Suka hatila (nada sinis)- Apabila wanita menyatakan suka hatila, ia sebenarnya
memberi maksud larangan terhadap lelaki untuk melakukan sesuatu perkara itu.
Jangan lakukan perkara tersebut untuk menunjukkan bahawa anda berjaya memahami
mereka.
Whatever!!- Dengan kata yang lebih mudah difahami adalah ia bermakna
bahawa wanita tersebut menyatakan “SAYA BENCI AWAK!!”
Takpe, saya ok- Apabila wanita meluahkan
kata-kata ini, ia bermakna mereka sedang
memikirkan mengenai hubungan anda. Adakah hubungan tersebut mampu membawa
kebahagian, mempunyai masa depan yang cerah, dan sebagainya. Anda seharusnya
belajar untuk memahami mereka dan berusaha memberikan mereka keyakinan terhadap
hubungan anda semula.
Jangan risau, saya dh agak dah- Kenyataan ini biasanya menunjukkan bahawa kesalahan yang serupa dilakukan oleh seseorang lelaki untuk
beberapa kali. Ia juga merupakan satu tanda bahawa mereka telah berasa bosan
dengan sikap buruk anda.


No comments:
Post a Comment