Memang menjadi kebiasaan, seseorang manusia terlupa akan
sesuatu perkara. Bagi pelajar terutamanya, mereka sering terlupa mengenai apa
yang telah mereka pelajari dalam kelas. Baik pelajar sekolah mahupun mahasiswa.
Perkataan ‘terlupa’ sering bermain di mulut mereka jika setiap kali soalan
berkaitan pelajaran diajukan. Sememangnya masalah daya ingatan ini merupakan
bebanan kepada setiap manusia lebih-lebih lagi dalam konteks pelajar.
Ho Ho Ho.Mungkin kita sendiri terlupa. Bahawa tempat
pemprosesan maklumat, iaitu otak kita juga adalah sebuah organ. Dan seperti
anggota tubuh badan yang lain, otak juga perlu dilatih secara fizikal dan perlu
dibekalkan dengan nutrisi yang sepatutnya. Sama seperti jika kita ingin
membentuk badan yang mempunyai six pack. Makanan tambahan dan latihan fizikal
yang banyak diperlukan untuk mengeluarkan six pack daripada perut yang buncit
dan berlemak
.
Jika korang
mahukan otak yang sihat dan daya ingatan yang kuat, berikut adalah 10 perkara
yang perlu korang lakukan.huhu~selamat mencuba….(◕‿◕)
1. Tambahkan Kacang Soya dalam pemakanan
Kacang soya
mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang
estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting
untuk memori
2. Pengambilan Zat Besi
Penurunan
pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan
fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah
isyarat dalam otak
3.Minum Kopi
Kopi boleh
meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak
daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan
kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum
kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan
mereka yg minum kopi tanpa kafein
4.Latihan Mental
Kajian
menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan
kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang
cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan
mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan
minat pada bidang sosial dan budaya.
5. Latihan Fizikal
Setengah jam
melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan
terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh
memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.
6. Mengunyah Gula-Gula Getah
Kajian yg
dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam
hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula
getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa
mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga
mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.
7. Mengambil Ginkgo Biloba
Ginkgo
Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg
lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak
dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.
8. Minyak Ikan
Minyak ikan
banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari
membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.
9. Rosemary Dan Sage
Minyak dari
tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran
dan membantu menyembuhkan keletihan mental.
10. Vitamin B
Vitamin B
berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap
kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.
Ekstra
Niacin atau
B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi
neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan
otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh
membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya
ingatan.


No comments:
Post a Comment