BErBuAt bAIk KePaDa IbU BaPa.... (✿◠‿◠)
Ibu bapa merupakan insan
yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Mereka banyak
berkorban dalam membesarkan dan memberi didikan kepada anak-anak. Mereka tidak
pernah meminta atau mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah,
pengorbanan dan kasih sayang yang mereka berikan.
Dewasa ini ramai
anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa mereka. Perkara ini amat serius
terutamanya di negara Barat yang telah rosak dalam sistem sosial dan
kekeluargaan. Anak-anak telah hilang rasa hormat, sering bercakap dengan nada
tinggi dan kasar, bahkan ada yang berani memukul kerana tidak sependapat atau
berselisih faham.Yang
lebih teruk, ada yang tidak segan silu menyaman ibu bapa mereka jika menyentuh
hal peribadi mereka. Inilah kelemahan sistem manusia yang sering dikatakan
untuk memenuhi hak asasi manusia tetapi tidak pernah mampu mendidik dan
membentuk peribadi yang mulia. Islam mengajar agar
anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini
banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat
penting.“Dan
Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya,
ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan
menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang
tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
“Kami perintahkan kepada
manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)Menghormati dan taat
kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam
keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada
kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.“Bukanlah
daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak
pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
RasululAllah tidak
mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam
golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu
bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.“Dua kejahatan yang
disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)Sebagai contoh mudah,
cerita lama si tanggang yang sombong dan mengina ibunya setelah menjadi nahkoda
kapal, mendapat balasan dengan ditukar menjadi batu setelah ibunya merintih dan
berdoa kepada Allah akan memberi pengajaran kepadanya.Menderhaka kepada kedua
ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini
diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan
dan ucapan seharian.
Allah melarang anak-anak
melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati
seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.“Tuhanmu
telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah
berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut
usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani
berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka.
Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
Perkara ini mungkin
nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan
dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi
keharmonian hidup.
Sebagai anak, wajar kita
sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan
menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan
kesejahteraan mereka.“Dan
rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku,
sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)
Menghormati dan berbakti
kepada ibu bapa merupakan suatu perkara yang sangat disukai oleh Allah dan
termasuk dalam perbuatan yang menjadi keutamaan yang tinggi.Diriwayatkan daripada
Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad:
Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada
waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada
kedua ibu bapa.
Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan
Allah.Ketika
ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah
tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah
menjawab dengan sabdanya bermaksud:“Ada,
iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji,
memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak
sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud
dan Ibnu Majah).
Marilah kita
bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga
sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga
akan menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.
No comments:
Post a Comment