Cinta…..
Sekiranya
kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah
merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta
tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya
kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu
penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang
ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana
kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan
perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita
mengendalikannya berbeza.
Sekiranya
kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba - tiba
cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah
cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah
bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih
untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu
dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta
sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah
singgah di hati kamu…
” Saya
sayang awak! “ (◕‿◕)

No comments:
Post a Comment