Assalammualaikum . . .
hi semua . . uke hari ni nak kongsi tip percintaan pula . .
bagaimana nak menjaga hati kekasih kita . . harap berguna pada anda semua yea .
. (◕‿◕)
1. Komunikasi Yang
Intensif
Dengan teknologi yang
sudah maju anda boleh sering menelefon dan menghantar sms ke dia dengan
perbualan yang segar dan tidak membosankan. Usahakan boleh menelefon si dia
setiap malam hari dengan kadar yang murah sehingga anda dapat berlama-lama
berbual dengannya berdua. Jika si dia sudah merasa selesa dan senang ditelefon
maka komunikasi yang anda lakukan dalam keadaan yang baik.
Elakkan bertanya hal
yang sama berulang-ulang dan boleh membuat pasangan anda bosan menjawabnya.
Jika anda mempunyai sesuatu hal yang menarik dan baru, sampaikanlah.Selain
malam hari, jangan ganggu si dia terlalu lama. Cukup dengan telefon sebentar
dan beberapa sms segar. Jangan paksakan komunikasi jika keadaan sedang tidak
membolehkan.
2. Beri Perhatian Lebih
Perlakukan si dia
berbeza dan lebih baik dari orang lain. Ketika dia ulang tahun atau event-event
tertentu ucapkan selamat dan juga boleh anda beri hadiah. Buatlah seolah-olah
dia seorang yang istimewa dan anda tidak mahu kehilangan dirinya. Jika dia ada
masalah, bantulah sekuragnya dengan mendengar luahan atau curahan serta
membantu dengan memberi penyelesaian.
3. Ungkapan Cinta Yang
Tulus Dan Wajar
Jangan memberi ungkapan
yang berlebihan yang tidak sesuai dengan kenyataan. Ungkapkan cinta anda
secukupnya secara munasabah tidak dibuat-buat secara paksa. Varasi ungkapan
cinta anda dengan pelbagai kaedah dan cara agar tidak bosan.
4. Pelajari Sifat Dan
Kelakuan
Amati dan pelajari
apa-apa yang ia sukai dan apa-apa yang tidak disukainya. Jika anda sudah tahu,
jangan lakukan hal-hal yang tidak ia sukai dan lakukanlah apa yang dia suka
selagi tidak melanggar undang-undang, dan agama serta tidak membebani anda.
Elakkan hubungan seks di luar nikah untuk mengelakkan masalah yang boleh
muncul. Tolak dengan baik ajakan-ajakan yang berbahaya, kerana belum tentu ia
akan berkahwin dengan anda.
5. Jangan Berkira Dan
Kedekut
Ketika sedang pergi
berdua jika boleh tanggunglah kos-kos seperti makan, menonton, belanja, jajan,
transport, dan sebagainya. Jangan asyik nak di belanja sahaja tanpa mahu
mengorbankan sedikit wang anda untuk orang yang anda sayangi. Tetapi jika salah
satu ada yang sudah bekerja dan yang satunya tidak bekerja, dibayari adalah
sesuatu yang wajar.
6. Perjelas Hubungan Ke
Depan
Komitmen berkahwin
merupakan sesuatu yang penting dan perlu disepakati yang menunjukkan bahawa
anda dan pasangan saling mencintai. Komitmen tersebut boleh didedahkan di awal
mahupun setelah lama berkaitan. Semakin jelas hubungan anda dengan dirinya,
maka semakin kuat ikatan batin anda dengan si dia. Lebih-lebih lagi jika
keluarga kedua-dua belah pihak telah mengetahui serta merestuinya. Berdoalah
kepada Tuhan agar anda kelak bahagia bersama pasangan anda.
7. Hubungan Keluarga
Yang Baik
Jaga hubungan baik
dengan ahli keluarga si dia jangan sampai menimbulkan masalah dan imej yang
negatif. Jika ada masalah akan selesaikan secara kekeluargaan bersama pasangan
anda.Pernikahan tidak hanya penyatuan seorang lelaki dengan perempuan, tetapi
juga menyatukan kedua-dua keluarga.
8. Jujur Dan Menjadi
Diri Sendiri
Jadi sebagai diri
sendiri dan tidak meniru adegan novel, filem, dan sebagainya. Tanpa
berpura-pura menjadi seseorang yang sempurna, kita akan merasa tidak lepas
tanpa beban dalam menjalani hubungan cinta anda.
Jangan membohongi
kekasih anda dan katakan apa adanya sesuai dengan keadaan yang sesungguhnya.
Sekali berbohong maka anda perlu berbohong lagi untuk menutupinya. Jika telah
berkahwin nanti akan lebih indah jika saling jujur tanpa ada dusta di antara anda dengan dia.
9. Menjaga Emosi
Jangan membalas emosi
dengan emosi. Gunakan kesabaran yang tinggi untuk membendung amarah si dia.
Ungkapkan anda tidak suka jika dia marah membabi-buta. Jika si dia melakukan
kesalahan atau berbohong pun jangan sampai emosi anda meledak-ledak. Tetap
tenang dan gunakan akal sihat dalam menjalani suatu masalah. Berbicaralah
baik-baik dan lembut namun tegas dalam menyikapi sesuatu kerana emosi terkadang
sifatnya hanya sementara. Emosi yang saling beradu sangat berbahaya dalam
menjaga hubungan agar tidak putus cinta.
10. Selesaikan Masalah
Yang Ada Secepatnya
Jangan menunda-nunda
untuk mencari penyelesaian dari masalah yang timbul. Jika keadaan dibuat
mengambang terlalu lama maka boleh jadi si dia akan berpaling dari anda dan
menjalin cinta yang lain. Secepat mungkin hubungan yang terjalin dapat kembali
mesra seperti sedia kala setelah masalah terselesaikan.
11. Selalu Setia
Hal yang sangat penting
adalah menjaga kepercayaan si dia.Jika anda ketahuan bercinta dengan orang
lain, maka hancurlah hati si dia jika mengetahuinya. Jangan pernah menduakan
cinta anda, kerana itu sangat membahayakan hubungan anda dengan kekasih anda.
12. Seimbang / Tidak Ada
Dominasi
Jangan sampai hubungan
yang berjalan menjadi kurang selesa kerana yang satu dianggap atau menganggap
dirinya lebih dewasa, lebih pintar, lebih kaya, dan sebagainya. Buatlah diri
anda dengan dirinya seimbang antara satu sama lain tanpa perbezaan. Keadaan yang
seimbang antara lelaki dan wanita seperti teman akan sangat menyenangkan
daripada yang satu harus selalu menuruti kemahuan salah satu pihak terus
menerus seperti pembantu.
13. Lakukan Hal-Hal Yang
Menyenangkan
Sesuatu yang membuat
anda berdua senang tidaklah harus yang berharga mahal. Mungkin dengan belanja
bersama ke pusat membeli-belah, jalan-jalan naik motor berdua atau duduk berdua
di bangku taman yang percuma dapat menyenangkan kedua-dua belah pihak.
Nikmatilah masa-masa pacaran anda yang indah agar tidak menyesal nantinya
ketika berkahwin.
p/s : harap tips ni
boleh buatkan anda bahagia . . . (◕‿◕)


No comments:
Post a Comment