Mengikut
kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya.
Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di
sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan
personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi berikut:
1.
Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu. Contoh:
huruf ‘A’ nilainya 1.
1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R
2. Campurkan
semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu secara
berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal andainya ia
berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y dalam nama-nama
ini: Sayfol atau Jenny)
3. Jumlahkan
huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama pada huruf
konsonan.
Contoh: ADET
ZAIN
Vokal:
A+E+A+I
1+1+5+9 =16
= 1+6 = 7
Konsonan:
D+T+Z+N
4+5+2+8 = 19
= 1+9 = 10 = 1+0 = 1
Kombo ADET
ZAIN ialah 7-1
Kombo kamu
mestilah antara 1-1 hingga 9-9
Selepas itu,
carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini. Selamat mencuba!
1-1 Kamu
sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu. Kalau kamu terpaksa
memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup melakukannya.
2-1 Kamu
seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa saja. Gunakan skill
komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan padamu.
3-1 Otak
kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari kekasih baru kerana
mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama jangan dikenang.
4-1 Jadual
kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok kerana ia boleh mengganggu
rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur rancangan dan jadualmu.
5-1 Kamu
seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan diri daripada
teman-teman.Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman lain seperti mana
yang kamu inginkan.
7-1 Hubungan
jauh dengan si dia membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak
selama-lamanya kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat
itu.
9-1 Jangan
risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting ialah
objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.
_________________
_________________
1-2 Kamu
bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka kamu suka mengawal.
Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam kesusahan.
2-2 Waspada!
Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain ambil kesempatan pun kamu tidak
kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan tentang dirimu dulu.
3-2 Kamu
mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu
janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang tidak pernah menghargaimu.
4-2 Ada
temanmu yang terasa kehilanganmu kerana sudah lama tidak bersama. Buat satu
pertemuan antara semua teman-temanmu dan mereka pasti menghargaimu.
5-2 Kamu
suka bila menjadi tumpuan orang ramai. Jaga-jaga kerana sikap ini boleh
menyinggung perasaan orang lain. Berilah peluang pada orang lain menunjukkan
kemampuan mereka pula.
6-2 Kamu
bersikap berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa
kehadirannya tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin.
7-2 Hampir
semua temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa
memastikan dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan.
8-2 Seorang
pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman bekerjasama
sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan kehormatan orang
ramai.
9-2 Kamu
memang seorang yang lembut hati dan manis. Ingat, ada yang suka ambil
kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi segala-galanya.Akhirnya dia akan
tunduk pada suruhanmu.
_________________
_________________
1-3 Mereka
di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada
temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong.
2-3 Jangan
ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu
memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara.
3-3 Sikap
malu dalam dirimu selalunya disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi
teman-teman yang rapat, mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya.
4-3 Kamu
seorang penulis yang hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi
kelemahanmu terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan.
5-3 Walaupun
kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat
menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang
bermasalah.
6-3
Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar cinta
konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa denganmu.
7-3 Kamu
tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada kalangan temanmu yang
tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan segalanya.
8-3 Tak
sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa jua perkara pun. Jika
kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat panik.
9-3 Sukar
bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa terlalu lama juga tidak
baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.
_____________
_____________
1-4 Kamu
cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian yang pasti. Lain
kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat membosankan kamu.
2-4 Rileks!
Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan
jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.
3-4
Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu suka dilayan sebagai orang yang matang.
Bila masalah besar timbul, kamu perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu.
4-4
Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman
berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi
sikapmu itu.
5-4 Kamu
perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman
jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang tidak mendatangkan
masalah.
6-4 Kamu
suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan
merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama
gadis/teruma misteri.
7-4 Kuat
keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah.
Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak menghargai
sumbangnamu.
8-4 Banyak
bergaul dengan teman yang gemar membaca. Ia dapat membantumu menambah
pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai dijadikan pasangan istimewa
buatmu..siapa tahu?
9-4 Sikap
terlalu terperinci kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu
akan jadi tumpuan di pejabat/sekolah.
____________________
____________________
1-5 Semua
orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu
itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.
2-5 Kamu
bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah
kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal.
3-5 Kamu
suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan semua akan berakhir
dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan kecil mendatangkan
keseronokan.
4-5 Suka
menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu
sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.
5-5 Semua
orang sangka kamu ni kelakar. Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu
menggembirakan tapi berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu.
6-5 Tidak
dinafikan kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah
lebih baik jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh
menyinggung teman lain.
7-5 Kamu
mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang dirimu. Cuba
atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.
8-5 Walau
apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang pernah
membantumu.Nanti dapat gelaran ‘kacang lupakan kulit’.
9-5
Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua.
Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.
____________________
____________________
1-6 Kamu ini
seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba kamu bertolak ansur
sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap dulu.
2-6 Kamu
suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling
best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria.
3-6 Kamu
berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi
segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.
4-6 Cubalah
kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi. Asahkan skill
komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.
5-6 Kamu
tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat disenangi oleh
teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi mereka.
6-6 Kamu
adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan diri, teman-temanmu
yang lain akan bertanya, ‘apa yang terjadi padamu?’ Jangan marah, mereka cuma
nak ambil berat tentangmu.
7-6 Privasi
amat penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi
jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya sekali.
8-6Kejujuran
amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau susah macammanapun, kamu
tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus tu..teruskan!
9-6 Kamu
bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada padamu.Senyuman manis
pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik.
______________
______________
1-7 Kamu
inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu rancangkan. Untuk
itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar kamu dapat keutusan yang
baik.
2-7
Kadangkala kamu terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak realistik daripada
kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu.
3-7 Mahu
dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu
lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu.
4-7 Walaupun
kamu tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita jangkakan.
Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada.
5-7 Kamu
memang bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu,
cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu.
6-7 Kamu
seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan terlalu
taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan teruskan hidupmu.
7-7 Kamu
rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai orang. Jangan bimbang sangat hal
ini kerana semua orang mengalami insiden yang sama.
8-7 Luangkan
lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan terlalu mempercayai
kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang.
9-7 Kamu nak
lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu patut bermula.
Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.
________________
________________
1-8 Kamu
perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang keputusan.Namun dalam
perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana ia juga akan mempengaruhi
orang lain.
2-8
Berkongsi barang dengan teman tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan
‘tidak’ kepada teman yang suka ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa.
3-8 Kamu
banyak idea dan gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu
dirimu sendiri kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu.
4-8 Kamu
cuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan
teman-temanmu membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang
bernas.
5-8 Kamu ini
berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan membiarkan si
dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua itu.
6-8 Luahkan
perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan emosimu. Mungkin
ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu sentiasa bahagia.
7-8 Walaupun
cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu ketat. Jika si dia benar-benar jujur,
dia sanggup menantimu sampai bila-bila.
8-8 Jangan
perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan mu dulu sebelum fikirkan
orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.
9-8 Beria-ia
kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan tanya pelbagai
soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan kerjamu.
_______________
_______________
1-9
Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi janganlah asyik
menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal lain yang menarik.
2-9
Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin
ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan.
3-9 Catatkan
semua kulaiti yang ada padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan
catatatn itu mungkin dapat membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan.
4-9 Imbangi
hidupmu itu. Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan
jadual hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian.
5-9 Kamu
memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak terjejas
langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya.
memerlukannya.
6-9 Kamu
jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu. Tapi ingat! Pujian yang
terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang lain. Berpada-pada bila
memberi pujian.
7-9 Jangan
rasa malu nak menunjukkan kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu
menguatkan lagi keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu.
8-9
Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain orang.
Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah!
9-9 Membantu
teman yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat
keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang bakal
dibuat.

No comments:
Post a Comment