Stress atau tekanan
emosi merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Terdapat 2 jenis stress ini iaitu
stress yang positif dan stress yang negatif. Jika stress jenis positif ini
sebenarnya membawa kepada manfaat yang baik serta tidak menjadi bebanan yang
terlampau serius dalam kehidupan seharian. Manakala stress yang negatif boleh
membawa risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan diri. Sehubungan itu
saya mengetengahkan 5 tips & cara menghilangkan stress dengan berkesan
iaitu :
1 - Mulakan
dengan teknik mengawal pernafasan dengan tenang dan tersusun. Bernafas adalah
perkara paling asas dalam hidup manusia, tanpa pernafasan sememangnya sukar
untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara yang dianugerahkan tuhan ini
untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan jasad dengan secukupnya.
Pejamkan mata dan kosongkan fikiran.. tarik nafas perlahan-lahan dan
sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum menghembusnya dengan teratur.
Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan oksigen yang
cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan kita mengatur semula kehidupan.
2 - Senyum dan aktifkan
perasaan positif di minda. Ini teknik kuasa minda sejati, cara untuk aktifkan
perasaan & fikiran positif ini adalah dengan senyuman dan fikirkan
perkara-perkara yang menyeronokkan. Kita perlu ubah 'mindset' daripada negatif
kepada positif dengan gabungan teknik visualisasi (imaginasi) & afirmasi (pernyataan
positif). Sebagai contoh saya mahu berjaya dan saya impikan diri saya mendapat
segalanya yang saya mahu seperti impian menjadi kenyataan, berjaya menggapai
anugerah, dihormati dan dikagumi, terkenal dan mahsyur, berdiri di atas pentas
mendapat tepukan gemuruh dan hebat daripada audiens serta lain-lain impian yang
kita mahukan terjadi.
Kita
perlu ubah masalah menjadi peluang. Inilah masanya untuk kita senyum dan yakin
dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar, redha,
gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran positif seperti ini membolehkan kita melangkah
lebih jauh dalam mengatasi apa jua masalah dalam hidup.
3 - Kenalpasti punca
masalah dan buat keputusan (decision making) dengan penyelesaian strategik.
Teknik menangani masalah ini kita boleh guna konsep PDCA iaitu
Plan - Do - Check - Action. Dengan perancangan yang baik dalam mengatasi
masalah saya rasa kita sudah mampu untuk kembali ke arah kejayaan.
4 - Berkongsi &
melepaskan tekanan dengan beransur-ansur. Sekiranya stress dan tekanan itu
terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi maka teknik 'melepas' itu boleh
disalurkan ke tempat yang betul sama ada dengan bersukan jogging, tinju
punching bag, main pc games, ping pong, memancing atau lain-lain hobi yang
dapat menenangkan perasaan kita. Boleh juga berkongsi masalah itu dengan kaunselor
maupun orang yang terdekat yang memahami kita.
5 - Kembali kepada sumber
segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di sinilah yang membezakan manusia
yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala motivasi terbesar
pada hambaNya. Bertuah orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W
serta mukjizat al-Quran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin
muslimat jika dihayati Islam sebagai the way of life sudah tentu kita akan menemui ketenangan
dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan segala yang diperintahkan.
Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan seharian, banyakkan berdoa
yang baik-baik, mohon dipermudahkan urusan serta minta denganNya seikhlas hati
untuk berjaya di dunia dan akhirat…(◕‿◕)

No comments:
Post a Comment