Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah
adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan
Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)Dalam ayat ini Allah menghimpun
beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah
taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara
baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata:
“Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada
suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu
taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah
atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya
tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta
suaminya.(Taisir, hal. 177)
Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan
isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama
sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang
bermaksud:Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi
ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat,
mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat
(sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis.
(at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir,
8/132]
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang
wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga
kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan
kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau
sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan
bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:
1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya
kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.
2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam
ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa,
bersedekah dan selainnya.
3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi
sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.
4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa
dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang
sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.
5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam
bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.
6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia
menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak
melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.
Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:
1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan
mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada
kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh
kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika
suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan
suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”. (riwayat
al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti
menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.
3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan
dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di
sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda
bertanya: “Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang
diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada
isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka
semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai
Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya,
demikian pula mereka (para suami)”.
Baginda bersabda bermaksud: “Jangan lagi kalian lakukan,
kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan
betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya”. (riwayat
Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan
suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.
5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak
menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi
suaminya untukistimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali
bila suaminya mengizinkan.
6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak
melupakan kebaikannya.
7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak
menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya,
kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi
zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil
isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan)
melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat
Muslim no. 1436)


No comments:
Post a Comment